Saturday, October 20, 2018

Blogger,PR Dan Collaboration

October 20, 2018 0
Sembang blogger


Netizen Suka Tafsir Seseorang Terlebih Dahulu Sebelum Mendekati


Heyyy,ramai yang telah salah beranggapan tau.Kesian Ina tau..Hahaha.Tanya salah,tak tanya kang,jadi kemurungan pula.Tetapi apabila soalan ini di suarakan di Wall Facebook peribadi ina sendiri.Mungkin ada yang beranggapan ina ni nak kejar Job semata sebagai blogger.Ohhh,TIDAK!! Itu bukanlah diri Ina tau.Hahha.


Rasanya,ini lah satu-satunya post peribadi yang lantang bersuara kot.Biasanya,biasa-biasa punya status.Kali ini agak sedikit serius perbincangan.Ehehehe.



Pelbagai NICHE Blogger



Tak,sebenarnya kan.Ina buat research untuk diri sendiri.Majoriti job ina dapat.Client lebih suka pass job beauty product iaitu Skincare dan supplement.Walaupun ina tak cantik,31 dah pun tahun 2018.Eheheh.. Apapun,alhamdulillah juga.Syukur dapat kepercayaan dari client yang percayakan hasil kerja-kerja ina ni.

Tapi dalam hati,nak juga merasa untuk job Parenting hood ni tau. 


PR product,relationship,blogger


PR Suka Direct Whatsapp 


Errkkk,Pr ni kadang tu.Suka berurusan dengan whatsapp jika nak dibandingkan melalui emel.Yerlah,emel kadang tu Ina dah buka emel.Tetapi lupa nak reply.Lastnya terlepas job.Heeehh.Takde rezeki..nak buat macam mana kan? 


Alhamdulillah,kadang-kadang rezeki dari rakan blogger yang pass nombor Ina kepada PR.Ada yang invite secara call terus.Huuh..,kadang ni paling Ina nak jawab call sebenarnya..ehehe.Lebih selesa hanya melalui whatsapp jer.Mudah dan jelas.








Wednesday, October 17, 2018

Di Ejek Bisu Dan Sekarang Macam Bertih Jagung Mulutnya

October 17, 2018 1
Assalamu'alaikum..


Sindrom speech delay,anak 2 tahun tak boleh bercakap



Di Ejek Bisu



Ada makcik bawang yang memanggil anak ina ni bisu.Kesian tau.Nur Wardina Soffea ketika ini berusia 2 tahun.Sedih pada mulanya.Yang paling beremosi ketika ini adalah suami ina sendiri.Dia lah pantang pabila orang sekeliling menggelarkan anaknya bisu.Ehehehe..Ina? Rileks aja.Nak marah macam mana kan? Dah mulut manusia.Kadang kala orang yang terdekat sendiri pun kata Soffea sendiri takde mulut.Huhuhu.. 

Sebab ina tau perkembangan Soffea ni macam mana.24 jam ina bersama anak-anak.Dan ina juga tau,Soffea ni dia seorang pemalu.Jika ada tetamu atau ina sekeluarga pergi bertandang ke rumah tetamu.Mesti mulut Soffea ni terkatup rapi.Sepatah apa pun dia takkan bercakap lagi-lagi dengan orang yang tak dikenali.Ehehehe..




Memasuki Usia 2 Tahun 6 Bulan 




Yup,Mungkin agak lambat Soffea boleh bercakap di depan orang.Mungkin juga dia tidak mempunyai keyaknan diri.Dan kini,pabila menginjak ke usia 2 tahun 6 bulan.Mulutnya..Ya Allah,tak larat mama nak melayan mulut kamu.Macam bertih jagung..Fuhh! Bayangkan lah macam mana.Celik jer mata dia.Soffea akan bertanya. Antara soalan yang Soffea sering tanya..


"Mama,Soffea Lapar ni.Apa kita nak makan ni nanti?"

"Mama,Kenapa orang dalam Tv tu cakap macam tu?"

"Mama,Jom mandi.Soffea dah busuk ni"

"Mama,Soffea dah mandi ke belum ni? Rasa macam busuk aje?"

"Mama,abah mana?"

"Mama,Soffea lapar lahh.."


Hahhh,ni lah antara ayat-ayat dia.Dan lagi parah,jika dia kusyuk menonton Tv.Semua dia nak bertanya kat mama.Sedangkan mama sendiri pun takde jawapan untuk soalan dia tu tau.




Dan sekarang bila Soffea pandai bercakap.Barulah mulut-mulut makcik bawang tu senyap.Terdiam..Haihh. Tetapi kan,Soffea ni allah bagi dia pakej sekali dengan pandai uruskan diri tanpa perlu memakai pampers ketika usia 2 tahun 6 bulan.Alhamdulillah sangat.Syukur..,allah bagi double kejayaan untuk Soffea.




Tips Bagi Anak Yang Lambat Bercakap


1. Kerapkan bercerita kepada anak-anak

-Biasa sebelum tidur,ina akan minta anak-anak cerita hari mereka kepada Ina.Dan ini juga membantu anak-anak tidur lebih lena.Mungkin stress anak-anak dapat di lepaskan juga.


2. Banyak bertanya aktiviti mereka

-Ina sukakan anak-anak recalled terlebih dahulu apa yang mereka lakukan dalam aktiviti seharian.Secara tak langsung ini pun membantu anak-anak dalam proses mengingati serta menyusun ayat.



Hanya 2 tips ini sahaja yang ina amalkan.Selebihnya,jangan pernah paksa anak-anak supaya bercakap.Elakkan anak-anak stress dan ia akan bertambah teruk lagi keadaan.




Tuesday, October 16, 2018

Guardian CC CREAM (Water Based) Dengan SPF 50 UVB

October 16, 2018 0
Assalamualaikum..

Heyy,sesekali bercakap pasal beauty lah pula.Asyik parenting jer kan? Hehh...,jemu dek korang nanti.Silap-silap muntah hijau dah.Ehehehe..Okay,baiklah.Entri kali ini nak tunjuk kat korang satu Sun Protection Factor (SPF) juga bertindak sebagai CC cream yang baru jer cuba beberapa kali pakai.Bhaya tau kalau tak lindung kulit dengan krim spf..kesan jangka panjang ialah kanser kulit manakala jangka pendek,terjadinya jeragat..Huhuhuhu.Jom baca dulu entri ni.



Haritu nak cari krim SPF jer kat guardian.Tup-tup terjumpa yang ni.Kebetulan yang sedia guna tu,buat kulit berminyak.Terus lah tanpa rasa ragu,ambil dan bayar di kaunter.

 SPF 50 PROTECTION FROM UVB 


Dalam banyak-banyak krim SPF yang ina pernah gunakan.Ini kali tersangat selesa.Sebab salah satunya ia tidak membuatkan kulit wajah ina semakin bertambah berminyak.Yup,kulit kombinasi ni sebenarnya,agak cerewet sedikit.Walau bukan memiliki secara keseluruhan kulit berminyak,tetapi jika silap memilih produk.Bolerh bertambah teruk kulit berminyak..




Kenapa UVB? 



Ini lah dia,jenis yang patut kita cari bagi melindungi kulit wajah.UVB,iaitu Ultra Violet Burning.Yang mana UVB ini sangat berkesan dalam melindungi kulit dari terbakar dek terkena panahan cahaya matahari terik. 





WATER BASED 100% ORGANIC ALOE VERA 


kRIM SPF Tidak berminyak,Guardian produk,




Oh ya,jenis yang ina gunakan ini ialah dari Guardian.100% Organic Aloe Vera.
Tidak melekit dan smooth sahaja pabila di gunakan pada wajah.

Selepas sapu di wajah kulit tidak seperti memakai krim SPF sebab ia all in one CC cream.Hebat tak? First time  ina jumpa krim SPF macam ni.Dia ada 2 pilihan warna kod.Medium dan light.. 


Kod : 02 light



ALL IN ONE CC CREAM 

SPF,GUARDIAN,CAHAYA MATAHARI,Jeragat terjadi sebab tidak memakai krim SPF



Untuk ina yang malas nak tempek pada wajah ni sebab nak ambil anak jer setiap hari.Ini lah yang sesuai sangat,calit jer All in One CC krim ni.Guna jer satu muka dah lengkap dah tak perlu lagi nak gunakan foundation.Hihihihi.Sebab sebelum ni ina ada banyak step jika nak bersiap walaupun nak keluar ambil anak..seperti memakai krim spf lepastu ha tempek pula founfation.Leceh kan?




5 Dalam 1 

CC CREAM,SPF 50,Beza UVB,



Coverage 


menutup cela di wajah



Perlindungan 


SPF50 bantu kulit daripada terkena Sinaran panahan UVB



Melembabkan Kulit 



Dengan adanya khasiat aloe vera didalam,ia dapat mengekalkan kelembapan kulit wajah.



Anti Oksidan



Mempunyai khasiat vitamin E di dalam ramuan CC cream.Yang mana ia bagus untuk meremajakan kulit agar kekal muda gitu..



Okay..pendek kata.Memang rekomen habis  bagi sesiapa yang berkulit kombinasi.





Harga bagi CC ream ini ialah RM 15 dalam packaging 300ml.



Boleh dapatkan di Guardian terdekat..


Nak beli secara online pun boleh.. ni Website : Guardian Beli Online



Tuesday, October 9, 2018

Perkembangan Baby 2 Tahun

October 09, 2018 0



beberapa hari yg lepas.. Muhammad Arif Furqan telah menyelamatkan 2 orang kakak nya. sangat kelakar.. situasi : Sara dan soffea menjerit di dalam bilik. Bila mama masuk bilik dan tengok,alahai anak. ulat besar saiz semut aje nakk.. menjerit.Macam nampak hantu🙄 Lastnya.. hero mama,si Furqan datang menolong 2 kakak nya. Alahaiii.. Furqan datang dan terus memijak ulat tersebut. Kes..settle by furqan..😊😂😂 Pengajaran disini.. furqan dah ada sifat tolong menolong sedari kecil lagi. Alhamdulillah... Arif = Bijaksana #kbba9 #KelabBloggerBenAshaari #bukansekadarblogger #bloggermy #malaysiablogger #ehbelogakudotblogspotdotcom
A post shared by Nor Azlina (@azlina6861) on




Alahai... Hampir mama terlupa bulan Oktober adalah bulan kelahiran Muhammad Arif Furqan.Ikutkan pada bulan Oktober 2018 (16 Oktober)  Furqan telah memasuki usia 2 tahun.



Perkembangan Baby 2 Tahun


Patutlah pelbagai perangai baru yang di pelajari.Bagi ina sendiri,2 tahun tu masih kecil lagi.Ehehehe.


Antara ilmu baru yang di pelajari adalah :


1. Sudah pandai menanggalkan  baju dan seluar sendiri.
2. Pandai menyebut perkataan 'Nasi'
3. Bila mama tanya soalan pada Furqan,dia akan bertindak balas .Ini ayat favourite dia " Haaa?"  Dengan nada lembut.Sekali pakej dengan riaksi muka yang comel.
4. Rumah mama,dah tak macam rumah.Dinding rumah seperti jadi 'white board' (Furqan akan lakukan aktiviti semasa mama memasak di dapur ataupun tengah solat..huhhh) .. Nak kena cat lah gamaknya ni.
5. Suka membuli kakak-kakaknya.
6. Bila tiba azan.Dia akan berlari ke bilik untuk mengambil sejadah untuk solat di ruang tamu.




Berpisah Susu Badan 


Ohh..ya,Sekarang ni Ina tengah belajar berpisah susu badan.Susu pula ajar minum dalam gelas plastik dah.Kesemua anak-anak telah di ajar minum dalam gelas.Bukanlah guna botol susu.


Seperti Sara dahulu.Ina sapukan sirap dan serbuk nescafe jer pada nipple breast tu.Hmmm...jiwa mak yang kena kental masa ni.Sara.. waktu tu,demam jadinya pabila berpisah susu.Nak kesian,tetapi kan sampai bila.So..,belajar lah dia minum susu dalam gelas tu.Ehehehe.Sehinggalah sekarang ni,
Sara (6 tahun)  minum susu tepung Everyday setiap malam sebelum tidur.



Dan.. yang bongsu ni tak tahu lagi.Berapa lama pula untuk berpisah pampers.


Tips : Berpisah Pampers Tak Sampai 7 Hari  


kanak-kanak 2 tahun,tips berpisah susu,tipsberpisah pampers,perkembangan kanak-kanak 2 tahun

Monday, October 8, 2018

UHT Fernleaf 100% Susu Dari Ladang New Zealand

October 08, 2018 0





Ala... 2 minggu lepas ina terima parcel dari Fernleaf.Wahhh! Memang tak sangka betul..Susu segar boleh di pos begitu melalui GDex ni.Alhamdulillah! Dapatlah juga merasa akan kesegaran susu tersebut.



Fernleaf,Susu Segar,New Zealand Fernleaf


Tadaa! Ini lah dia Parcel dari Fernleaf itu.Cantik sangat prop dan lembu dari New Zealand ni.Tengok tu,lembu ni meragut rumput yang segar dari New Zealand.Itu lah maksud simbolik Fernleaf dalam penyampaian maklumat.


Memastikan Kesegaran Susu FEARNLEAF


Untuk pengetahuan korang,susu Fernleaf ini dihasilkan 100% dari lembu yang di ternak di ladang New Zealand.Persekitaran serta penjagaan rapi oleh syarikat tersebut.


Mengusahakan ladang secara semulajadi iaitu memberikan kebebasan kepada  lembu bagi meragut di padang rumput yang subur.


Hasilnya susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan.Juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi,vitamin A dan juga vitamin D.


LEMBU FERNLEAF, Lembu tenusu dan rumput


Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah,lembu tenusu Fearnleaf secara tak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat.

Oleh itu,lembu tenusu Fernleaf menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu yang lain yang sering terkurung di dalam kandang.


UHT Fernleaf,Kanak-kanak sukakan fernleaf,susu tidak muak diminum susu fernleaf


Variasi Susu FERNLEAF Yang  Lazat


Kini susu Fernleaf mempunyai 3  pilihan.

Full Cream
Low Fat
Chocolate


Dengan susu Fernleaf yang sedia di pek,kini sudah sedia untuk di nikmati pada bila-bila masa sahaja.Untuk pengetahuan korang juga,susu fearnleaf ini juga boleh di nikmati orang dewasa juga.


Pilihan ina? Fernleaf Full Cream lahh.Rasa yang segar.Berbeza dengan jenama yang ada di pasaran.Anak-anak pun laju jer minum susu segar dari Fernleaf ni  tau.


Korang? Jom lah cuba.. Dapatkan di pasaran sekarang. Setiap pembelian bernilai RM 28 korang layak menerima Cooler beg cantik ini.Sementara stok masih ada!


cooler bag fernleaf,fernleaf,susu fernleaf


Maklumat Lanjut 


Facebook : FERNLEAF MALAYSIA