Friday, January 24, 2014

JERAWAT DI BAHAGIAN TERSEMBUNYI LEBIH SUKAR DIRaWAT




Sebut sahaja JERAWAT, pasti ramai yang menarik muka tanda tidak suka.Apa tidaknya,penampilan boleh terjejas walaupun  hanya 'SEBIJI' Jeraawat yang tumbuh.Selain di wajah, bahagian tubuh lain seperti di leher, dada, punggung, bahu antara bahagian yg turut menjadi sasaran kepada timbulnya jerawat.

Bahkan , mereka yang menghadapi,  masalah tersebut. Jika masalah jerawat diwajah sering kali diperkatakan kali ini..Iman Beauty Store memfokuskan kepada jerawat di bahagian tubuh yang terselindung pula.Sebabnya walaupun tumbuh dibahagian  badan  tidak dapat dilihat kerana terlindung dengan pakaian, namun begitu ia turut mengundang pelbagai masalah seperti ketidakselesaan dan sebagainya.

GAYA HIDUP JADI PUNCA 


 Selain stress, masalah hormon, gaya hidup kurang sihat dan sebagainya antara faktor penyebab munculnya jerawat di tubuh selain disebabkan oleh masalah peluh dan pakaian ketat. Sebagai contoh, pakaian ketat boleh menyebabkan  iritasi kepada bahagian - bahagian  yang sudah bermasalah. Justeru,bagi lelaki  dan perempuan yang aktif secara fizikal lebih mudah menghadapi masalah jerawat di badan.

Ketika pakaian ketat dikenakan, badan berpeluh sehingga kulit bercampur dengan  minyak semulajadi  yang dihasilkan kulit sehingga membentuk lapisan yang menyumbat liang - liang roma. Selain itu, jerawat yang tumbuh di tubuh lelaki  boleh berlaku  akibat kesan sampingan  daripada steroid.


No comments:

Post a Comment