Wednesday, February 19, 2014

Resipi: Dalca Daging

Hai,korang mesti buntu.Tak tahu nak masak untuk berbuka puasa nanti apa kan? Apakata korang cuba masak Dalca pula.Sesekali berubah menu macam ni pula yer. Pasti berselera.. Dan sesuai digandingkan  bersama nasi Minyak mahupun Nasi Beryani.


Dalca Daging


Dalca DAging

Bahan-bahan DALCA 


200gm kacang dhal - direbus
1/2kg daging lembu - dihiris
2 biji terung bulat - dipotong kecil2
2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
2 biji kentang
10 batang kacang panjang - dipotong
50gm serbuk kari daging + sedikit air
4 cawan santan
Sedikit daun kari
Minyak masak dan garam


Bahan tumisan DALCA:

3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
8 ulas bawang merah - dikisar
2 cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara Masak DALCA

  • Panaskan minyak masak dalam periuk. 
  • Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
  • Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau rata. 
  • Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.
  • Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
  • Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.





No comments:

Post a Comment