Sunday, July 13, 2014

Diabetes atau kencing manis

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum..
Salam malam yea semua, harini penat sikit.Lepas subuh tadi duk buat biskut raya.. malam baru Free sikit.cenonet dah tidur.. sekarang tiba waktunya buat entri pulak. Entri malam ini,tajuknya berkenaan Diabetes ataupun kencing manis.Zaman sekarang ramai  yang berisiko untuk menghidapi kencing manis. Uhhh...,takutnya. Mintak simpang malaikat 44 la yeaaaa. ngerii aihh. 

APA YANG Dimaksudkan dengan Kencing Manis?

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

penyakit kencing manis mempunyai 2 
JENIS ..iaitu::
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.(Ohh,, yang ni la mak saudara suami .. 3X sehari WAJIB cucuk Perut)..
Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit). 

 


TANDA- TANDA KENCING MANIS MNYERANG ANDA


Tanda-tanda awal penyakit Kencing Manis :


1.  Kerap buang air kecil, terutamanya pada waktu malam

2. cepat merasa lapardan dahaga

3. Berat badan menurun sebaliknya selera makan brtambah

4. Letih tidak menentu, penat dan sakit kaki 

5. Mudah timbul bisul dan proses sembuh yang lama.

6. Rasa gatal pada tangan dan kaki 

7. Terasa menyucuk-nyucuk pada jari-jari kaki atau tangan 

8. Keinginan seks menurun

9. Penglihatan yang semakin kabur

10. Ibu hamil yang pernah melahirkan baby 4kg



Faktor Risiko Kencing Manis

Setiap orang boleh mendapat kencing manis tetapi sesetengah orang lebih mudah mendapat kencing manis. 

Faktor-faktor risiko kencing manis adalah :


·          Kegemukan atau obesiti

·          Kurang aktiviti kecergasan fizikal atau senaman

·          Sejarah keluarga yang menghidap kencing manis

·          Umur melebihi 35 tahun

·          Pemakanan

·          Pengambilan lemak berlebihan dalam makanan

·          Pengambilan serat yang tidak mencukupi

·          Kurang zat makanan di peringkat awal umur

·          Kelahiran tidak cukup berat

Kesan penyakit kencing manis

Penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :


 

 Kegagalan buah pinggang





 
  Serangan jantung



 
Kebutaan / Katarak



 
  Koma (hilang kesedaran)







 
Angin ahmar (strok)





 Sakit saraf atau “mati pucuk”




 
 ‘gangrene’ atau anggota tubuh mati/membusuk 

Penyakit kencing manis tidak boleh di sembuh tetapi ianya boleh dikawal. Untuk mengawalnya, kadar gula dalam edaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar normal. Selain itu kita hendaklah memberikan perhatian terhadap perkara-perkara berikut :

- Pengambilan ubat atas nasihat doktor.
- Pemakanan sihat.
- Penjagaan berat badan.
- Selalu bersenam.
- Elakkan jangkitan.




No comments:

Post a Comment