Thursday, August 21, 2014

3 Tips Tingkatkan kesuburan Lelaki

assalamualaikum.. selamat petang. Terpanggil untuk menulis entri ini.. topik yang hangat.Kadang-kadang punca sukar mendapatkan anak asyik golongan wanita sahaja yang dipersalahkan. Apa kata kaum adam mencuba tips yang ina bagi ni. Selamat mencuba..

Bagi pasangan yang berumahtangga, kehadiran cahayamata adalah sesuatu yang sangat-sangat dinantikan. Apatah lagi jika sudah sekian lama berdua, pastinya rasa sunyi mula terasa. Namun kesukaran untuk hamil, tidak seharusnya diletakkan dibahu isteri sahaja kerana si suami juga memainkan peranan penting dalam proses ini.



Berikut adalah beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki.

1. Meminimakan Pendedahan Kepada Perkara Yang Membantutkan Kesuburan


Elakkan memakai seluar dan seluar dalam yang ketat. Ia mengganggu penghasilan sperma dan juga kualiti sperma
Jauhkan daripada sinaran-x, radiasi atau racun serangga perosak. Pakai alat kelengkapan dan kurangkan menyedut udara dikawasan semburan racun serangga jika boleh
Kekalkan suhu normal disekitar alat sulit. Jangan duduk terlalu lama atau bersauna yang keterlaluan kerana haba yang tinggi boleh menggangu penghasilan sperma

 2. Makan Makanan Untuk Menambah Kesuburan


Banyakkan Anti-oksida. Diet yang mengandungi anti-oksida boleh meningkatkan kuantiti sperma. Pilih sayur -sayuran yang pelbagai warna.
Ambil vitamin setiap hari. Supplemen yang mengandungi vitamin seperti vitamin C dan E membantu menambaik tahap kesuburan lelaki. Beli supplemen yang dikhaskan untuk lelaki. Pilih vitamin yang mengandugi Zinc dan Selenium untuk kesihatan sperma lelaki
Kurangkan makanan yang mengganggu kesuburan. Alkohol, kopi dan daging merah dikaitkan dengan tahap kesuburan yang lemah sebaliknya pilih buah-buahan, makanan laut serta serat untuk diet yang sihat.

3. Kekalkan Gaya Hidup Sihat


Berhenti merokok. Tembakau mengurangkan penghasilan sperma (low sperm count)
Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein yang keterlaluan. Bahan ini merendahkan paras hormon tostesteron (hormon kesuburan lelaki)
Kurangkan stress
Kawal berat badan
Elakkan penggunaan dadah






No comments:

Post a Comment