Sunday, December 7, 2014

ENDOMETRIOSIS





Penyakit Endometriosis





Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain. 





Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?





Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.













‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.





Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim? 





Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.






Berikut Adalah Gejala Penyakit Endometriosis :





Kemandulan

Terjadi Penebalan Vagina

Sakit Pada Bahagian Pinggang

Sakit pada Perut Bahagian Bawah

Sakit Pada Semasa Buang Air Besar

Sakit ketika Berhubungan Seksual

Mentruasi Darah yang Keluar Lebih Banyak

Sakit yang Secara Terus menerus pada saat Mentruasi



KEKURANGAN NUTRISI ANTARA PENYEBAB ENDOMETRIOSIS


  • Genetik dan Faktor keturunan

    • tekanan yang dialami wanita : emosi, mental dan persekitaran.

      • ketidakseimbangan hormon disebabkan gaya hidup  yang tidak sihat ,diet yang tidak seimbang dan kekurangan Nutrisi.

         


No comments:

Post a Comment