Thursday, January 8, 2015

Makan Vitamin Baby Boleh besar ke?

ASSALAMUALAIKUM..
SELAMAT Petang.


Tajuk harini macam gerun je bagi ibu-ibu hamil betul tak?? Dulu ina pun Fikir macam nie jugak. Tapi sangkaan meleset.Bayi besar dalam kandungan disebabkan faktor keturunan dan masalah diabetes je.Okay ..jom baca lebih lanjut entri kali ini.





"Ramai wanita yg salah anggap multivitamin spt obimin atau lain jenama yg diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting utk kesihatan ibu dan utk bina darah utk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil kalsium utk bina tulang, folic utk keperluan semua sel2 baru utk janin dan fish oil sebagai sumber omega3 dan DHA utk sel2 otak bayi utk jadi anak pintar. Setelah bersalin TERUSKAN makan supplemen2 tersebut utk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta utk susu ibu yg berkualiti. Saya cadangkan pil2 tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita."


jadi ibu-ibu hamil diluar sana janganlah takut untuk mengamalkan vitamin/supplemen semasa hamil ye. Baby anda besar bukanlah kerana vitamin yang anda makan. Jom kita lihat antara penyebab bayi besar dari usia kandungan dan cara untuk mengelakkannya.



Antara penyebab bayi besar dari usia kandungan ialah:

Keturunan - ibubapa yang bersaiz besar berkemungkinan melahirkan bayi yang besar

Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa hamil

Ibu yang mempunyai tahap gula tinggi semasa hamil - kencing manis



Cara untuk mengelakkan bayi besar dari usia kandungan:

Penjagaan dan pemakanan adalah sangat penting semasa hamil

Kesihatan ibu hamil perlu dipantau setiap bulan

Ibu perlu menjaga pemakanan - kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat, gula dan berlemak

Merawat sebarang penyakit yang dihidapi ibu seperti kencing manis, darah tinggi etc.

Memantau pertumbuhan bayi setiap bulan



Ibu hamil perlu lebih rajin menjaga pemakanan dan mengamalkan supplemen tambahan kerana semasa hamil ibu-ibu memerlukan nutrien dan khasiat yang lebih dari biasa untuk melahirkan bayi yang sihat dan sempurna. Supplemen yang diambil adalah sangat penting dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Malahan Dr Hamid mencadangkan agarsupplemen tambahan diamalkan terus-menerus hingga akhir hayat seorang wanita. Jom makan vitamin!!! =)





No comments:

Post a Comment