Monday, January 5, 2015

Punca dan sebab Pendarahan Ketika Hamil


assalamualaikum..

selamat petang ~ Hai, dah solat zohor ke? kalau belum tu, pergi la solat dulu,kerjakan kewajipan terlebih dahulu,segala kerja-kerja dunia tinggalkan sekejap jeee..lepas tu sambung la.He..


Okay, ina harini nak kupas isu pendarahan (bleeding) semasa kehamilan. Pernah tak anda alami sepanjang kehamilan berlaku?? Em,memang risau kalau bleeding ni kan? Ina pernah berlaku, kandungan pertama okay.Tapi kandungan kali kedua yang sedang ina mengandung ini bleeding.Dari awal kehamilan lagi, semasa kandungan 5minggu. Bleeding Non stop,kejap darah fresh diselangi darah coklat,semacam uzur gitu.Alhamdulillah, selepas 3minggu bleeding dah berhenti.

kisah lanjut boleh dibaca di SINI , SINI , dan SINI

Punca Berlaku Spotting Pendarahan Ringan di awal Kehamilan



Anda menjalani IVF atau rawatan lain yang membantu anda untuk hamil

Hormon badan yang mengawal kitar haid telah menyebabkan pendarahan pada tarikh atau masa yang biasa anda datang period/haid sewaktu anda sebelum mengandung. Ia boleh jadi sekali atau dua kali sehingga hormon ini dapat dikawalatur dengan baik.

Perlekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus anda juga menyebabkan pendarahan. Ia berlaku selama sehari atau dua hari.

Hormon kehamilan juga dapat mengubah permukaan serviks anda untuk senang berdarah. Oleh itu, pintu serviks mungkin terengsa. Contoh situasi : hubungan seks di awal kehamilan menyumbang kepada masalah ini.

Anda mungkin mempunyai fibroid. (Ketumbuhan pada rahim). Plasenta kadangkala akan melekat pada fibroid ini, jadi janganlah bimbang ya ibu ibu, dapatkan nasihat doktor jika anda ada fibroid semasa hamil.

Polis serviks, iaitu ketumbuhan kecil pada serviks juga menyebabkan pendarahan, tetapi ia juga tidak membahayakan, yang penting dapatkan konsultasi doktor.

Berlaku jangkitan serviks atau jangkitan faraj

Anda menghidap penyakit keturunan seperti Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.




Pendarahan Bleeding di awal Kehamilan



Namun begitu, berlaku pendarahan yang diikuti dengan sakit perut dan kekejangan, mahupun demam, ia mungkin penyebab keguguran mahupun kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik).


Keguguran pada awal kehamilan berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. 

Kehamilan ektopik berlaku apabila telur yang disenyawakan tu, melekat pada bahagian luar uterus. 

Darah berwarna gelap dan cair seperti jus prun akan mengalir tanpa henti.

Kehamilan molar pula disebabkan oleh embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal.




Bagaimana untuk kenalpasti bahawa saya period atau mengalami keguguran?



Kadangkala, ada situasi di mana kita tidak datang period selama sebulan dan setelah itu mengalami pendarahan yang luarbiasa. Kita akan keliru samada ia adalah period ataupun keguguran.

Perkara yang pertama sekali adalah berjumpa dengan Doktor untuk menjalani scan atau imbasan ultrabunyi.

Kemudian, ujian air kencing dan ujian darah akan dilakukan untuk menguji tahap hormon kehamilan ini.

Menurut bacaan ina dari blog Dr Zubaidi dari link ini, ujian darah dilakukan untuk mengetahui kepekatan hCG dan beberapa perkara boleh dikenalpasti untuk mengetahui punca atau kebarangkalian keguguran pada kehamilan ini.


Namun begitu, berita gembira buat yang menjalani scan dan telah dapat mengesan bunyi denyutan jantung bayi, kerana potensi untuk gugur itu adalah nipis.


Masalah rahim tidak kuat? Ubat Kuatkan rahim


Kadangkala jika kita bertemu dengan doktor, doktor akan memberitahu anda, saya akan bagi puan ubat kuat rahim. Rahim saya tak kuat kah doktor? Apa yang menyebabkan rahim tak kuat?


Masalah rahim tak kuat ini berpunca dari ibu yang hamil mempunyai kurang hormon progesteroneyang mana rahim tidak dapat menyediakan tempat yang optima untuk pembesaran janin.


Sebenarnya, masa anak kedua, ina juga pernah mengalami spotting ini. Hasilnya, doktor memberikan ubat bernama duphaston, iaitu hormon sintetik yang mempunyai progesterone. 


Kiranya, setelah ovum disenyawakan, akan berlaku perlekatan fetus pada lapisan endometrium, iaitu lapisan rahim ini. Jadi, semasa mengandung, progesterone akan semakin meningkat dengan banyak untuk membantu lapisan rahim ini menebal untuk perlekatan janin/fetus yang kita kandungkan ini.


Jika progesterone kurang, janin tidak dapat melekat dengan sempurna dan akan gugur bersama-sama dinding endometrium ini tadi.



No comments:

Post a Comment