Monday, March 16, 2015

KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU DAN BAYI

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT Pagi..

Selamat pagi semuanya..musim sekolah sudah bermula harini.. mesti mommies semua berada dikampung saat ini kan? erm, untung la yang balik kampung tuu.Ina disini, sedang menunggu hari je. Jadi,DUK la dirumah nie.Mommies semua ada bawa bekalan supplemen tak dikampung? harap bekalan mencukupi laa,kalau tak cukup,boleh la order dengan ina yea.. hihihih. harini kita bercerita pasal kepentingan penyusuan kepada ibu dan bayi..Mommies di luar sana yang sedang mengandung tu, eloklah dari sekarang anda set minda untuk menyusukan anak sehingga 2tahun. Sebenarnya minda kita yang mengawal kuantiti pengeluaran susu..sebab kita asyik duk fikir..susu takde,eh..susu aku kering,eh..nipple breast aku buta..susahlah aku nak menyusu.

entri kali ini mengenai kepentingan penyusuan susu ibu kepada bayi dan ibu.Jom teruskan pembacaan anda..

KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA BAYI :

  1. SUSU ibu adalah pemakanan yang unggul, memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan bayi.

  2. melindungi bayi dari pelbagai jangkitan , dapat mencegah sesetengah kematian bayi.

  3.  mengurangkan risiko alahan, seperti juvenille-onset diabetes,obesiti dan darah tinggi.

  4. Telah tersedia, pada bila-bila masa ,tidak memerlukan sebarang penyediaan.

  5. kandungan SUSU ibu berubah mengikut keperluan bayi.



KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU

 

IBU dapat mengurangkan risiko :::

 

  1. Kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari.

  2. Patah tulang pinggul apabila meningkat  usia (osteoporosis)

  3. Membakar lemak badan yang terkumpul semasa hamil dan seterusnya akan mengembalikan bentuk badan asal.

  4. Mempercepatkan  pengecutan rahim selepas bersalin dan melewatkan kedatangan haid.

  5. Menjarakkan kehamilan.

  6. Merapatkan ikatan kasih sayang  antara ibu dan bayi.

     


No comments:

Post a Comment