Tuesday, August 15, 2017

7 TIPS PUPUK MINAT MEMBACA BUKU




terlebih dahulu nak bagi kredit To : ALYA LYNA

Ina nak kongsi beberapa tips untuk membaca buku dari Austin Kleon bagi sesiapa yang ingin membaca lebih banyak buku pada setiap tahun.

1. Jauhkan telefon pintar (atau gajet lain) dari anda ketika mahu mula membaca.

2. Sediakan bajet khusus untuk membeli buku yang anda mahu baca dan letakkan buku tersebut di tempat yang anda lalu lalang setiap hari di rumah supaya tidak lupa.

3. Bawa sebuah buku bersama-sama anda walau ke mana jua anda pergi setiap hari.

4. Jika tidak berasa seronok ketika membaca atau mempelajari sesuatu dari sesebuah buku, usah paksa diri anda. Cari buku lain untuk dibaca.

5. Tetapkan satu jam dalam sehari untuk membaca bacaan bukan fiksyen terutama ketika dalam perjalanan atau waktu rehat tengah hari.

6. Masuk ke dalam bilik tidur satu jam lebih awal dari kebiasaan untuk membaca buku fiksyen (supaya anda lebih senang tidur).

7. Tulis tentang buku yang anda baca dan kongsikannya dengan orang lain. Ini akan menggalakkan orang lain (seperti penerbit) menghantar lebih banyak buku kepada anda untuk dibaca.

Ina sebenarnya suka sangat membaca ni haa.. jadi lapang je dada.. tapi disebabkan Gadjet seperti Smartphone ..ini telah membataskan minat membaca. Kikikikikiki...




Okay,, ina nak bagitau ni.. Sekarang Dekat KINOKUNIYA ada buat SALE ..Banyak novel novel menarik untuk di beli.Novel berbahasa Melayu,english,Chineese dan Jepun ada tau..

novel PERNIAGAAN 
novel Genre SERAM & MISTIK  : SEMUSIM DI MASYHAR 
DARK TOWER 
Novel MASAKAN 

selamat membaca semua..  







1 comment:

  1. mmg best kalau berkampung kat kinokuniya... semua buku rasa nak baca...

    ReplyDelete