Monday, September 25, 2017

DONAT Lembut (TANPA TELUR)

Donat tanpa telur..sesuai bagi mereka yang alergik telur


Bahan - Bahan:

2 cawan tepung high protin
1 1/2sudu Besar Marjerin
11gm Yis (ina guna jenama SAF..brand mauripan sedikit berbau)
1/2 sudu Besar Water Roux
Air sejuk (ina tuang air tu ikut lembut doh sampai boleh uli dan tak melekat di tangan)

Cara cara Buat Donat:

1.satukan yis + gula bersama air suam biarkan (untuk hidupkan yis.. tunggu yis berbuih).
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung , marjerin , water roux , yis
3. Gaulkan bahan diatas sampai rata..
4.Bila bahan sudah sebati...masukkan air sejuk ikut doh.Jangan tuang semua air tu..
5.Uli gunakan tangan..kuasa kuda...(tips: sila hempuk hempuk doh tu..pastikan letak dalam plastik bersih..baru hempuk.Libas macam mak mak kita basuh baju tuu..insyallah,lama uli..lebih lembut dan gebus donatnyaa...)
6.Bulat bulatkan @ gunakan acuan donat.. siap bentuk,pastikan donat korang direhatkan sebentar.Paling cepat 15minit boleeee.
6. Panaskan kuali.Pastikan minyak betul panas dan goreng..

Tips:
**balikkan hanya sekali donat (untuk elak donat serap minyak)

Tips buat WATER ROUX:
✔✔50gm tepung gandum
✔✔250ml air masak
(Satukan bahan diatas dan pukul sehingga bahan bersatu

**masakkan atas api..sehinga berkilat..

***3hari sahaja penyimpanan water roux.. selebihnya expired.


Cara buat Gula Donat:
✔✔kisar gula kasar sehingga hancur
atau boleh beli gula macam ina tu. Cari di bakery.. dusting sugar. Mahal la sikit..


donat macam macam

35 comments:

  1. Anak2 saya suka sangat donat yang lembut. Ada satu gerai di pasar malam yang selalu saya beli. Orang lelaki yang buat.sedap sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh..ada yer jual kat pasar malam. jarang jumpa ni

      Delete
  2. sedapnya donat. sy pernah buat sekali xjadi terus tak buat sampai skang... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah jugak..siap kena perli donat keras dengan abah.. kikikiki. tp tetap buat jugak..sebab dl jeles,tengok kawan buat lembut. ehehehehe. itu yang mencuba sampai dapat betul lembut

      Delete
  3. sedapnya! sha pernah try buat dulu, keras boleh baling dinding, dinding retak hm haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe..cuba lagi. ina pernah tahap keras jugak,siap luka gusi makan donat ina buat. hahaha

      Delete
  4. Sedapnya, saya memang suka donut, boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  5. Bookmark this sebab nanti boleh cuba buat. Heheh..
    Tengok gambar dah rasa terliur

    ReplyDelete
  6. tak pernah buat donut!!hehe..boleh try nanti!

    ReplyDelete
  7. Memang bagus resepi ni especially untuk orang" yang alergik telur,boleh juga merasa donut kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye,,betul tu. Kadang tu, telur kat dapur takde. jadilahh donat

      Delete
  8. Kene bookmark ni.
    Adik saya gemor sgt la Big aople nak beli byk sgt x maMpu lak huhuhu

    ReplyDelete
  9. ya Allah tempting nya donut ni.. hmm kena pergi big apple camnih.. nak masak sendiri tak berbaloi sebab duduk rumah sewa seorang je yg mkn hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh frozen.ina biasa buat nu..satu adunan dapat 10 atau 15 camtu. selebihnya dibuat frozen.Bila bila mau makan, goreng terus

      Delete
  10. nampak sedap tak sabar nak cuba recipe ini *yums*

    ReplyDelete
  11. suka sangat makan donut...bolehla cuba resepi ni nanti...

    ReplyDelete
  12. Takdela susah sangat nak buat donut. hehehe nanti nak cuba, kalau nak lagi sedap, celup2 dengan chocolate sos. sedap. hehehe

    ReplyDelete
  13. Rindu nak buat donut. Tapi sekarang jarang makan donut, sebab itu tak buat dah.

    ReplyDelete
  14. Saya memang suka donut especially yang gebu gebas
    Lagi lagi yang ada susu. Fuh, best

    ReplyDelete