Saturday, October 21, 2017

1 TAHUN BERPANTANG MAKANAN

baca dulu entri lepas : The Power Of BERPANTANG


Alhamdulillah, pada 15 Oktober 2017, baru baru ini. Ina sudah melepasi fasa berpantang bagi tempoh membaik pulih dalaman badan..ehehehe.Okay, dengan ini.. secara  rasminya ina sudah boleh makan PULUT...wowww!! Haritu scroll Facebook, instagram aje..orang duk post gambar pulut. Cendol pulut, pulut kuning, pulut ikan masin..dan segala jenis pulut lahh..Haihh..betul betul menggugat iman ni..Time tu jugak, lahh ina nak langgar pantang.Time tu jugak..malam malam rasenya nak memasak pulut.Kiranya dapat makan pulut kosong pun jadilahhh yerkk. Hihihihihi.. kalah orang mengandung yang mengidam kan? heee.. tapi tapi..,ina bukanlah mengandung tauuu... TIDAK sama sekali.



pulut panggang

pulut panggang.jpg

pulut.jpg


Semasa tempoh berpantang makanan selama setahun itu, pernah ina melanggar pantang tersebut.Hahahaha..Nak tau apa ina makan? hihih. Ina sendiri pun dah lupa.Tapi seingat ina lah, ina ada termakan sayur apa entah lah.Tapi memang bisa nya.. ya allah, terasa macam nak demam,seram sejuk..seolah hendak period pun ada nihh serta bisa bisa badan ( nasib ina dikurniakan allah,kebolehan mengurut,jadi ina urut sendiri satu badan dan terus naikkan sekali peranakan).


Antara makanan yang ina pantang selama setahun ialah Cendawan,kulat,labu,ais sejuk, pisang (ada jenis pisang,tapi kan ina lupa pesanan atok ina ..dia bidan dan mahir dalam mengurut bagi mereka yang dalam trying to conceive.. apapun, dengan izin allah juga.)



LAKSA
laksa.jpg

Ada setengah orang pantang makan laksa, tapi ina okay aje.Dari anak pertama lagi.. ina tak pantang laksa..pantang pun 100 hari(mungkin ketahanan badan masing masing la kot.. )


LABU

labu.jpg

Orang cakap berbisa.Yelah kot, sebab orang tua pesan begitu.Alhamdulillah, nasib baik ina tak teringin sepanjang 1 tahun berpantang itu.


AIS SEJUK

ais sejuk.jpg


Yang ni semua orang tahu kan? Ina memang pantang ais.Untuk elak perut buncit dan menggeleber.Betul, kalau minum ais, badan jadi berat.. berangin.Lagi satu, minuman sejuk ni tak bagus untuk dalaman wanita.. (dalaman tu jadi sejukkk..oopss!) fahamkan korang? bagi yang bersuami ni.Lagi satu, minuman berais ni punca keputihan terjadi sebenarnya.


TAPAI


tapai .jpg

Ya allah,, yang ni pun ina nak sangat makan.Tapi yang ni dalam senarai makanan berpantang selama setahun tau.. hihihihi.Raya baru ni, meleleh air liur.Tengok orang makan tapai.. tapai segala jenis.Waahhhhh..pulak tu ada atas meja rumah mak..(time tu kan, nak jer curi makan dalam tandas..kikiki)


Bila ina sudah melepasi fasa berpantang setahun ni kan.. rasa macam nak makan jer semua ni tau.. Hahahaahaha.Rasa macam nak buat kenduri untuk diri sendiri pulak,kikikiki. Tapi takboleh jugak, bila teringatkan satu ketika.Masa tu, ina mengidam pisang goreng..aPA lagi,, ina bedal RM 10 pisang goreng tu sorang sorang tau..hahahaha. Minggu depan checkup, 4kilo naik...kikiki.Nyaris nak kena minum air gula, disebabkan kes berat naik mendadak.Ermm,selepas dari kejadian..Ina sentiasa beringat.hehehehe..biarlah teringin pun.Rasa jelah sikit... betul kata pepatah.., Ikut hati mati, ikut rasa binasa..

Pesan ina pada yang mengandung : korang sila lah makan puas puas apa yang korang kena pantang setahun itu tau..Risau takut nanti, hari berpantang PERTAMA korang teringin nak makan.Habisllah korang.. 


Sekian saja,coretan ina kali ini.. assalamualaikum.Terimakasih sahabat kerana meluangkan sedikit masa membaca.

Okay, sekarang ina nak pergi cari ketupat palas dan lemang kalau ada jual..ehehehe.Tak sabar nii.. 


Baca juga  yang ini :

Baby 12 bulan
Imunisasi 12 bulan baby

6 comments:

  1. Lama nya Ina berpantang setahun masha Allah sabor aja lah.. dah melepasi tu, makan agak2 juga, kang terpanjat badan tu tetiba overload pulut pulak hihi

    ReplyDelete
  2. akak dah makan pulut tp still pantang makan laksa dan minum ais...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya ina pantang lama..gee setakat 100hari je..ais tu takleh nak pantang!tapi memang membuncit pun!haha..okey cuba kurangkan pasni..hehe..good sharing ina!

      Delete
  3. Kecur air liur..sume sedap2 huwaa..teringin plak

    ReplyDelete