Saturday, October 28, 2017

Percutian Tak Dirancang - Kuala Terengganu

soffea dan sarra tak sabar nak pergi bercuti..get ready depan pintu



PERCUTIAN TANPA DI RANCANG KE KUALA TERENGGANU


Alhamdulillah..memang tak jangka percutian kali ini.Hurmmm..walaupun hanya 1 malam sahaja.Percutian mengejut.. gitew!! hahaha. Last minit tempah hotel (time nak gerak dari kuantan, baru terkial kial cari hotel..kikiki... Kisah lanjut boleh baca disini) Tapi ia satu pengalaman paling berharga bagi ina dan anak anak.Sesekali berkunjung di pantai timur pula kan..sebelum ni memang ina sudah pergi ke Kuala Terengganu.Cuma kali ini kan, berbeza sedikit.Mujur lah ada kenalan seorang blogger yang menetap disana iaitu Gee ( dari blog sisgee.)Eheheeh.Mudah betul .. sebelum ni nak makan atau nak pergi le tempat tempat menarik ni..kami laki bini memang tidak tahu sangat.




on the way ke kuala terengganu


PERJALANAN KE KUALA TERENGGANU ( JALAN PANTAI )


Kami memilih untuk menaiki kereta serta mengikuti jalan pantai..(Selain dapat menjimatkan kos Tol..ehehe). Sepanjang perjalanan kami tidak bosan sebab di sepanjang perjalanan mempunyai pemandangan yang cantik iaitu tumbuh tumbuhan menghijau (pokok pokok kelapa)selain rumah rumah kampung di sepanjang jalan. 

Anak anak ina pun tidak meragam semasa perjalanan.Perjalanan dari kuantan ke terengganu mengambil masa 3 jam setengah ( setelah beberapa kali kami berhenti untuk mengisi minyak dan juga makan). Kalau korang nak tau.. perjalanan kami kali ini sangat jimat petrol.



PETROL JIMAT 


Sehari sebelum ke kuala Terengganu, kami menghadiri majlis sambut menantu sepupu di BERA,Pahang yang menelan belanja petrol sebanyak RM 180.Berbanding kos Petrol ke Kuala Terengganu sebanyak RM 100 sahaja.. ermm..agak agak korang?



pantai Paka,Terengganu




soffea dah tak sabar..nak terjun ke air laut dah ni



NIKMATI PANTAI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TERENGGANU 

Okay, berbalik pada pemandangan melalui jalan pantai.Kami berhenti makan di Paka,Terengganu.Pemandangan yang sangat cantik! Memang awesome giler la.. tengok pantai jer. seolah nak terjun terus ke pantai.Hahahahah..Dengan air pantai yang berwarna biru kehijauan macam itu.Perghhh! anak anak ina pun teruja tau. Dorang pun sibuk nak turun ke pantai waktu itu.Suhu waktu ini 32 darjah celcius.. panas terik oi! Nasiblah ina sudah siap siap pakai Sunscreen Protect UV (SPF krim).Kalau tidak,hangus  muka tau.



MAKAN TENGAHARI DI TEPI PANTAI TERENGGANU

Oh ya,, semasa kami makan tengahari itu..,kami makan di kedai makan yang berhampiran pantai.Jam 11.30 pagi sampai kesana terus makan.Makanan nya pun boleh tahan.Alhamdulillah,sangat sedap! Habis dalam RM 17.50 (menu : ikan goreng, asam pedas, sayur, ayam goreng, ulaman dan air sirap).



CHECK IN HOTEL GRAND CONTINENTAL,KUALA TERENGGANU


Tepat jam 3 petang, kami tiba  di Grand Continental,Hotel Kuala Terengganu.(Baca SINI untuk review ina)Cuaca di Terengganu waktu ini hujan sekejap sekejap. Kata blogger Sis Gee," baru lepas ribut petir disini".Okay,sampai sini dahulu cerita ina.Ikuti sambungan berikut ya..




18 comments:

  1. next time datang kena pergi mandi pantai!hehe

    ReplyDelete
  2. Bulan 4 nanti SA akan ke Trengganu..anak buah nikah..masa ni nanti baru nak pulun jalan Trengganu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. nanti kena tulis dalam list ya.Tempat mana nak tuju

      Delete
  3. wah bestnya dapat pergi pantai. kadang kadang yang takrancang tu yg best

    ReplyDelete
  4. nanti dtg..marilah rumah rabia..rabia send location kt wasap

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak pergi pantai. Dalam cadangan nak bercuti ke Pulau Perhentian next year. Dah tak larat drive bila pergi bercuti, sebab penat. Hehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya kita lama tak pergi bercuti ngan keluarga next year plan ada dah lokasi nak pergi heheheh Johor, Perak dan Pahang..

    ReplyDelete
  7. Suka sangat ke terengganu sebab pantainya....best...tenang je.

    ReplyDelete
  8. Lama dh x ke terengganu. Selalu rncang tp x menjdi..hehehe.
    Sb tu..yg x rancang tu lh yg selalu jadi

    ReplyDelete
  9. It's always fun to go on a holiday!! Hope you and your family had a great time.

    ReplyDelete
  10. Seronoknya...suka sgt jln ke pantai timur sbb best...tpi tak tau la bila kan nak pi nya

    ReplyDelete
  11. Sori tak dapat jumpa kat bera ritu yer kak. Next time hrp2 ada rzki lagi nk jumpa.

    Xsbr nk tgu entri next lak

    ReplyDelete
  12. Any other interesting place to recommend beside beach?

    ReplyDelete