Tuesday, October 31, 2017

Usah KECOH dengan sebarang berita KEHAMILAN!

Tajuk entri kali ni bikin sentap bagi mak mak yang baru mengandung.Terlebih dahulu, ina ingin memohon maaf jika sedikit sebanyak entri ini mengguris hati kalian..



positif hamil


Memang lumrah manusia, bila menerima berita baik ini.Lebih lebih lagi bagi pasangan yang menanti good news begibi kan? Termasuklah ina sendiri..,rasa nak lompat bintang gituuu.Iya, ina faham sangat.. nak upload gambar scan baby di FacebooK,Instagram,WeChat,Status Whatsapp, Google Plus dan segala macam social media. Tapi tau tak korang, dengan sedikit kegembiraan kita yang bakal menjadi ibu atau bakal kandungan yang dinantikan selama ini telah mengguriskan perasaan mereka mereka di luar sana..? Mereka nampak status kita, dan mereka sedih.Kesian pulak kan? hanya Allah yang maha mengetahui.. Eh,, ina tak cakap jangan upload terus. hendak UPLOAD gambar , update status tu tidak apa .Tetapi seeloknya...,tunggulah kandungan menceceah 5 bulan macam tu..(Kandungan sudah begitu kuat untuk survive kan?..Ini kandungan baru masuk 5weeks, dah tayang.)Ina tak cakap pada sesiapa tau. Ina bercakap berdasarkan pengalaman ina sendiri ini tau.Takda mengumpat sesiapa pun..


Dato Siti Nurhaliza kini hamil





Cuba lihat kes Dato' Siti Nurhaliza kan? Beliau pernah keguguran satu ketika dahulu.Dan sekarang pada tahun 2017 beliau kembali HAMIL lagi.Alhamdulillah..., Beliau pun buat Press Conference pada usia kandungan 4 Bulan macam tu..Kata beliau lagi, atas saranan seorang Ustaz. kan?? Semua ni.., kita belajar dari kesilapan lampau. Mungkin dari berita kegembiraan kita, telah mengguriskan hati orang lain.

Dan ina sendiri pun, ada kisah disebalik nya.. boleh baca di SINI (tapi ina hampir keguguran..cepat cepat ina delete gambar dan bertaubat masa tu) 

20 comments:

  1. Kata orang tua-tua, jangan dicanang berita kehamilan jika kurang dari 3 bulan, bahaya dengan tajam perkataan dari mulut orang.. Mungkin ada benarnya..

    ReplyDelete
  2. Betul . Setuju dengan Sis Ina . rata-rata yang happu sampaikan upload gambar scan baby tue dalam laman social . Kadang tu memang bahaya . Manusia sekarang ni kalau dah busuk hati dengan kita . Pengalaman dari kawan CCL sendiri kena buatan orang sampai ggur kandungannya .disebabkan gambar scan baby .Allahu takutkan .

    ReplyDelete
  3. Memang orang tua2 kata gtu. MAcam saya memang kene update pun gambar scan baby sebab di sponsor oleh sonographer.

    ReplyDelete
  4. SA ingat lagi masa mengandungkan Dania dulu SA bunting pelamin, memang tak inform sesapa la pasal ni...tapi sebaliknya ada plak cakap2 makcik bawang kata SA dah mengandung dulu baru nikah...astaghfirullah...erm...bila ingatkan semual sedih tau..nak plak bila x panjang jodoh ngan ex hubby

    ReplyDelete
  5. Memang tak citer kat orang pon masa awal-awal pregnant dulu. Untuk anak ketiga, nak masuk 5 bulan baru tahu pregnant lagi. Untuk anak ke 4 pulak. Dah lahir baru kita inform kat socmed ☺

    ReplyDelete
  6. Masa first baby mmg excited lebih tu yg kecoh juga..haha tp masa 2nd baby diam je..tp tu la mmg elok masa 4bulan kalo nak cerita sbb time tu dah ada roh dlm dia...

    ReplyDelete
  7. betul tu. kalau orang biasa tak perlu nak beritahu pada umum. saya tak setuju kalau org announce senang2 je dekat social media mereka. bahaya. hati manusia lain lain kan.

    ReplyDelete
  8. biasalah zaman ciber ni.. bila dapat apa jua berita atau benda yg kita suka nak saja share pd kengkawan.. tp itulah akibatnya.. belajar dr kesilapan. mayb ini masa rejeki dia setelah bertaubat

    ReplyDelete
  9. tahniah kepada Dato Sri Siti Nurhaliza atas kehamilan ini dan moga dapat baby yang sihat dan comel. Nanti anak beliau mesti ada akaun insta dan Fb yang ramai follower hehehehhe...

    ReplyDelete
  10. betul tu ina!!tapi kalau gee 4bulan pertama duk takleh nak hadap phone sangat sebab alahan muntah sgt teruk!haha

    ReplyDelete
  11. Ada benarnya, memang hak masing-masing. Tapi langkah begini lagi bagus. Bagus lah niat kita nak menjaga hati kawan-kawan lain.

    ReplyDelete
  12. Awl2 mmg biasa x kecoh2...bila da lepas 1st trisem biasanya baru org tau.

    ReplyDelete
  13. Selalunya awal 3 bulan memang orang tak inform. Nak jaga kandungan. Banyak kemungkinan terjadi. Happy bila Dato CT announce dia pregnant. Tumpang gembira utk dia.

    ReplyDelete
  14. Bagi Annur, ada pros and contra nye. Nak-nak pulak kalau kerjaya kita memerlukan berita kehamilan kita tu dihebahkan. Sebab kalau tak dihebahkan, tugas-tugas berbahaya yang biasanya kita handle sebelum hamil, kita terpaksa buat jugak. So, nak taknak, mesti kena maklumkan pada boss. Bila boss dah tahu dan tukarkan unit tempat kita bertugas tu, automatik staf lain pun akan tahu..hehe

    ReplyDelete
  15. Betul tu, untuk kebaikkan kita jugak sebenarnya. Katalah kita dah umumkan awal..lps tu tak jadi, sure kita akan sedih yang amat kan, jadi seeloknya jgn bagitahu awal..biar kuat dulu kandungan tu

    ReplyDelete
  16. Kita wife pregnant pun xde bagitau orang.. senyap2 je.. nak kahwin dulu pun senyap gak.. tau2 je dah nak kahwin..

    Lepas tue, kena unfriend / block berjemaah hahahah ramai yang kecewa rupanya...

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah setiap kali mengandung tak pernah ada alahan so org tak tahu kita mengandung sampailah nampak perut membesar.

    ReplyDelete
  18. Congrats. Take good care especially pregnant less than 3 months

    ReplyDelete
  19. Ya betul juga, biar la kandungan itu stabil dan masuk tri-mester baru lah umum kan.

    ReplyDelete