Monday, October 2, 2017

NASI GORENG < CINCAI >

Kebetulan suami tak balik makan tengahari..maka tercipta lahh resipi ini.Memang ina super pemalas tiap kali suami tidak balik makan,eheheeh.Janji anak anak berisi perut...betul? hihihihi.




NASI GORENG (CINCAI)

NASI PUTIH SIAP MASAK ( Lebih kurang 3 orang makan)
BAWANG PUTIH (1 labu )
DAUN SADERI ( 1 BATANG )
SAYUR SAWI ( 1 iIkat kecil )
UDANG (17 ekor = RM 9..Saiz besar ibu jari dewasa))
LOBAK MERAH (1/2 Batang)
LADA HIDUP (1 Batang)
(**Lebihan MINYAK GORENG UDANG) 


1. Panaskan Kuali. Letakkan minyak masak sedikit untuk menggoreng udang.
2. Goreng Udang sehingga garing.. Lalu ketepikan seketika.
3. Masukkan Bawang Putih 1 Labu dan goreng ( sila kupas kulit terlebih dahulu serta ketuk bawang putih dan Goreng sehingga naik bau)
4. Masukkan daun saderi tumiskan ia.
5.Masukkan Nasi putih tadi kedalam kuali serta gaul bersama udang,sayur sawi,lobak,cili hidup sedikit garam.
6. Masak diatas api sehingga sebati dan sedia dihidangkan.
7. SIAP!!



**Nama je resipi NASI GORENG CINCAI,keenakannya..perghh! macam kat warung warung pulak.Ehehehehe! Percayalah.. aroma bawang putih dan saderi tuu..lain macam.. Siap bertambah tambah dibuatnya.. tambahan pula menggunakan minyak lebihan udang tadi tu..Itu yang menaikkan lagi rasa kesedapan..Ecehhh. 

Sila la cuba..
Sebelum tu, buatlah dengan kasih sayang.Insyallah..terasa kesedapannya.

17 comments:

  1. SA pun suka buat nasi goreng cincai2 ni...asal sedap makan dan anak makan bertambah..

    ReplyDelete
  2. Cincai pun nampak sedap. Anak pun suka. Suami lagi lah suka. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Senang buat nasi goreng ikut suka macam ni.. lagi sedap and senang..

    ReplyDelete
  4. Nasi goreng memang biasanya guna resepi cincai.hehe. tak pernah pulak letak daun saderi. Macam sedap ni! Nak buat jugaklah

    ReplyDelete
  5. nasi goreng memang senang dan sesuai dimakan bila saja 😂 cincai cincai lah sedap haha tambah kasih sayang seorang emak pulak hehe

    ReplyDelete
  6. Nasi goreng always be my fav. Senang nak masak. Kalau letak ayam udang sikit lagi sedap. Sayur bawah. Waaaa

    ReplyDelete
  7. Cincai pun nampak sedap,bestnya kalau terer masak ni

    ReplyDelete
  8. wow, that looks really good, thanks for sharing the recepi!

    ReplyDelete
  9. lately kita selalu masak nasi goreng tom yam... dulu rajin la masak nasi goreng cincai ke kosong..

    ReplyDelete
  10. My version of nasi goreng cincai adalah - apa sahaja yang ada dalam fridge ketika nak memasak hahaha.

    ReplyDelete
  11. Cincai pun nampak sedap. I pun nak belajar membuatnya.

    ReplyDelete
  12. Kadang-kadang Nasi Goreng Cincai ni sedap jugak. main campak je lah.

    ReplyDelete
  13. ya Allah simple je masakan ini tapi nampak sedap. nak trylah nanti

    ReplyDelete