Thursday, October 19, 2017

PERKEMBANGAN BABY 12 BULAN


12 bulan baby,perkembangan baby
baby 12 bulan

alhamdulillah.. semenjak furqan menginjak ke usia 12bulan. Banyak telah furqan pelajari.Antaranya, suka bermain dengan besen mama di dapur.Abis periuk,besen kena hempuk dek furqan ni.Banyak la pecah..huhuhuhu.Dan dia suka bermain di almari kabinet mama, sebab di dalam tu,mama simpan set pingan mangkuk.Yang paling dia suka, bermain set teko dalam tu.Asyik duk hayun didalam tu.Sebab berbunyi, lagi lah makin suka dia bermain.. hmmm..mama tidak tahu lah mana nak simpan dah.Penat mama tau.. 

sebelum sebelum ni, banyak gelas pecah di dapur tu.Asyik duk tarik, time mama solat dalam bilik.Hurm... gelas makin hari, semakin berkurangan. Selain daripada itu, furqan juga pandai berjalan (11bulan) dan berlari diusia 12bulan. 




Apakah yang bayi saya boleh buat pada usia 12 bulan?


Bayi anda tidak lama lagi akan berjalan, kalau dia masih belum lagi ketika ini. Apabila dia lebih banyak bergerak, minatnya pada aktiviti-aktiviti yang bising dan lasak juga akan meningkat. Sekurang-kurangnya, dia lebih banyak bersenam!

Komunikasi menjadi lebih dua arah sekarang. Jika anda tanya di mana hidungnya, dia mungkin boleh menunjukkannya. Apabila pemahamannya semakin meningkat, anda boleh mula mengajarnya adab seperti berkata terima kasih dan tolong. Anda mungkin dapat memujuknya supaya mengemaskan mainannya juga.

Aktiviti bagaimanakah yang akan disukai bayi saya?


Pada masa ini, permainan bayi anda mula berubah dari permainan yang membangunkan kemahiran motor halus (dia sudah mahir mencengkam dengan ibu jari dan jari telunjuknya) dan mula beralih kepada permainan yang melatih otot-otot yang lebih besar. Sesetengah kanak-kanak pada umur ini sudah boleh menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti yang senyap selama dua hingga lima minit – walaupun bayi anda mungkin lebih gemarkan permainan yang bukan jenis senyap. 

Memang, bagi bayi anda, perbuatan menolak, membaling dan melanggar semua benda dan membuatnya jatuh merupakan satu perkara yang menyeronokkan. 

Dia suka memberikan anda alat mainan tapi dia juga akan mengambil alat mainan daripada anda, dan dia juga suka meletakkan barang seperti bongkah ke dalam bekas dan mengeluarkan semuanya semula. Periuk dan kuali juga boleh digunakan untuk ini – dia pandai meletakkan periuk yang kecil ke dalam periuk yang lebih besar dan akan seronok mendengar bunyi bising yang terhasil apabila periuk dan kuali berlaga-laga.





Adakah perkataan bayi saya bermaksud apa-apa?



Walaupun pada tahap ini bayi hanya boleh bertutur beberapa perkataan selain "mama" dan "dada", didapati kebanyakan bayi yang berusia satu tahun boleh menyebut ayat pendek dengan menggunakan nada yang betul walaupun kedengaran seperti bahasa asing. 

Pada masa ini, bayi anda sudah boleh memberi respon kepada soalan dan arahan yang mudah, terutamanya jika anda membantunya dengan menggunakan pelbagai isyarat tangan. Contohnya, tanyalah "Di mana mulut kamu?" dan tunjukkan ke arah mulutnya. Atau cuba, "Tolong ambilkan cawan" dan tunjukkan ke arah objek itu. Bayi anda mungkin menjawab dengan caranya tersendiri, dengan menggunakan isyarat juga, seperti menggelengkan kepala untuk menyatakan "tidak". 

Gunakan potensi penerimaan yang ada pada bayi anda sekarang untuk mula mengajarnya bersopan santun dan membina sikap suka membantu. Tekankan pentingnya kata-kata "sila" atau "boleh ke?" dan "terima kasih". 

Di samping itu, jadikan waktu mengemas alat mainan bayi anda satu masa yang menyeronokkan dengan menjadikannya satu aktiviti mainan. Walaupun bayi anda mungkin kurang faham akan maksud anda, bukanlah terlalu awal untuk membentuk tabiat ini.


baca juga : IMUNISASI  baby 12 BULAN 


Sumber : baby center

8 comments:

  1. hihihihi.. suka baca pengalaman ina tentang anak

    ReplyDelete
  2. hi furqan... dah nampak gg furqan... bgs ajar2 anak cam ni ina... akak nk try la kat jannah... nice sharing

    ReplyDelete
  3. Kena pkaibyg plstik2 je lpas ni. Bru tak pecah.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. plastik pun pecah CR. ehehehe. Besen akk dia pecahkan jugek..

      Delete
  4. Comel laa baby..bestnya tgk perkembngn baby

    ReplyDelete