Tuesday, October 17, 2017

Rutin Checkup : Bayi 12bulan





baby 12bulan 



Sebelum jam 10 pagi tadi, ina sudah berada di Klinik Kesihatan bagi mendapatkan Imunisasi baby Furqan yang kini berusia 12 bulan. Alhamdulillah, sangat cepat membesar...Kali ini, Furqan diberikan Injection MMR 2..Iaitu cucuk di bahu.. Furqan macam biasa, setiap kali ada appointment, mesti akan demam dahulu.Huhuhuhuh..sedikit susut berat badannya. Jom fahamkan dengan lebih terperinci mengenai Imunisasi


Semua bayi atau kanak-kanak berhak untuk mendapat imunisasi yang lengkap. Mungkin ada antara kita pernah berdepan dengan sesetengah ibu bapa muda yang menolak pemberian vaksin kepada anak mereka sejak bayi, lantas tertanya-tanya apakah yang menyebabkan kumpulan ini berpendirian sebegitu. Lebih membimbangkan apabila wujud gerakan antivaksin yang semakin menular dan semakin lantang memberikan hujah dangkal yang nyata bertentangan dengan sains dan perubatan menerusi laman sesawang dan jaringan media sosial.
jadual suntikan bayi

Imunisasi 

adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio. Imunisasi bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan.

Jadual Imunisasi Bayi Baru KKM 2016

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) dan KKM telah mengeluarkan jadual immunisasi baru bermula 2016.

Perbezaan utama adalah pada jadual immunisasi MMR (Measles, Mumps & Rubella) yang mempunyai 2 dos, dos pertama pada usia 9 bulan dan dos kedua pada usia 12 bulan.

Sebelum ini hanya satu dos MMR sahaja yang diberi pada usia 12 bulan. Jadual ini telah diedarkan kepada semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.

Vaksin ialah virus atau bakteria yang telah mati atau dilemahkan fungsi virulen (bahaya) dengan kaedah tertentu. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut manakala kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa. Biasanya kesannya amat ringan dan tidak membahayakan.

Vaksin terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI- Expanded Immunisation Programme) WHO. Vaksin ini diberi secara percuma kepada semua bayi dan kanak-kanak di semua klinik kesihatan kerajaan dan ia merangkumi 10 jenis vaksin yang boleh menghalang penyakit. Pemberian vaksin secara menyeluruh adalah penting untuk menjayakan program imunisasi ini.

Lebih banyak vaksin mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang. Jadual imunisasi yang sedia ada ini mungkin akan diubah suai dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan.
Jadual suntikan Bayi Yang Disarankan Oleh KKM
Jadual 2 : Imunisasi Bayi

Jadual 1. Jadual Rutin Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadual suntikan Kanak-kanak
Jadual 3
*Vaksin kombinasi yang digunakan di dalam jadual imunisasi utama adalah DTaP-IPV/Hib 5-dalam-1.**DTaP selepas imunisasi utama: bagi mereka yang tidak menerima DTaP semasa kanak-kanak, gantikan dengan vaksin Td (dewasa tetanus-difteria) jika mereka menerima dos terakhir pada umur belasan tahun.

Seorang kanak-kanak yang telah bermula imunisasi DTaP mesti melengkapkan dengan imunisasi DTaP, ia tidak boleh bertukar dengan imunisasi DTP. Walau bagaimanapun kanak-kanak yang bermula dengan imunisasi DTP boleh menggunakan imunisasi DTaP untuk dos seterusnya.



Sumber : panduanmalaysia.com


6 comments:

  1. sy menyokong sepenuhnya vaksin, anak pun dah lengkap di cucuk vaksin. cume masa mkn ubat cacing j ada alahan

    ReplyDelete
  2. Ohh..kesian anak awk.Sekarang ni,dia alahan lagi ke dengan sebarang ubat?

    ReplyDelete
  3. terpulang pd parent nak g DTaP atau DTP. setakat ni anak akak ambil DTaP la. Walhal apa terkandung sebenarnya dlm vaksin tersebut kita tak pasti wlupun ia lengkap beritahu apa sebab dan utk cegah penyakit apa. Drp zaman british lagi sistem perubatan ikut sistem Barat, dan semua ubat dan vaksi pun dibelkalkan dr luar negara. Apa yang baik diambil namun jika ada percanggahan biarlah kita sendiri shj yg tak guna... wlupun zaman nabi belum ada semua ni, hidup mereka lain cara pemakanan lain. Ubatan dan sumber terbaik adlh Al Quran dan Sunnah yg ditinggalkan.

    ReplyDelete
  4. Melengkapkan Vaksin untuk anak-anak bukan sahaja tanggubgjawab ibu bapa, malah menjadi tanggung jawab sosial demi kemaslahatan Ummah. Tahniah mommy ina kerana berjaya melaknakan amanah ini.

    ReplyDelete
  5. Melengkapkan Vaksin untuk anak-anak bukan sahaja tanggubgjawab ibu bapa, malah menjadi tanggung jawab sosial demi kemaslahatan Ummah. Tahniah mommy ina kerana berjaya melaknakan amanah ini.

    ReplyDelete
  6. gee pun follow pengambilan vaksin dari kementerian kesihatan. Sebabnya bukan bidang gee & suami medical ni so sebelum apa yang tak elok berlaku baik kita follow apa yang expert suruh kan?mencegah lebih baik dari mengubati..

    ReplyDelete