Monday, October 9, 2017

The Power Of BERPANTANG

assalamualaikum..selamat pagi.Entri kali ini khas kepada bakal ibu berpantang buat kali pertama dan seterusnya.Ehehehe..sebab di instagram ade pertanyaan mengenai penjaagn berpantang.Wahh..dah macam bidan pulak ya? hihihihi.

berpantang.jpg

Okaylah..,berbalik kepada tajuk artikel harini.Ina sudah 3kali berpantang.Alhamdulillah..pantang masa anak pertama memang gila gila berpantang.Hardcore sungguh.Berpantang di rumah mak sendiri.

Berpantang anak Sulung

Mak yang jaga.Memang dahsyat weii.. Nak minum air masak,kena sukat dulu.Tidak Boleh sembarangan minum air (mak sukat..air suam dibolehkan minum semasa makan nasi je tau.Itu pun gelas (air suam dibahagi dua..jadinya air itu separuh aje). Tapi kadang kadang tu,ina curi minum jugak.Kikiki..Mana mau tahan air masak mnum sikit.Kikiki.Tapi taklah banyak sangat.Akhirnya pecah lubang,pelik..Macam mana entah,mak dapat tau ina ni pergi curi curi minun air masak di dapur ya. Heee..Erm. Yang paling kelakar,mak ina.Acah acah tu,Tidur dekat dapur tau.Siap alas tikar lagi, baring atas tikar.Punyalah tak mau bagi ina minum air banyak.hahahaha..sanggup betul.Pengorbanan seorang ibu,apepun sanggup kan? Lepastu jamu ina memang tak makan,sebab baby jaundis.Lahir pun pramatang,35week dah bersalin(gara gara kuat makan fast food dan pressure bekerja) Alhamdulillah.Sekarang anak sulung (iman)  sudah membesar dan aktif.

Berpantang ke 2 (Rumah sendiri)

Disebabkan kes ina berpantang anak nombor 1 hardcore.Ketat sangat.Kali ni,ina berpantang gaya moden sikit.Kikikiki..sebabnya, mak datang rumah ina dari raub selepas seminggu berpantang.Semoden ina berpantang pun,bertungku tetap bertungku 6kali sehari.Mandi dengan daun serum.Pakai pilis pada kepala,yang ini..jika tak pakai boleh jadi meroyan (sebabnya salah satu angin asyik berkumpul di kepala).Ina pernah terlupa pakai,rasa kepala ni lain macam sakit.Sampaikan ina pernah jatuh terduduk semasa pantang 16hari. Dengan tiba tiba,ina ternampak dinding rumah macam senget.Terus duduk jatuh..nasiblah slow jatuh tanpa pegang baby.Hihihi... alhamdulillah,tiada apa serius berlaku kepada diri sendiri.


Berpantang kali ke 3

Tahun lepas,berpantang lagi.Jarak anak nombor 2 dan 3 jaraknya setahun aje.Sudah ada rezeki kan.. setahun sorang la jadinya.Hahahaha.Ada yang perli,ada yang mencemuh dan menghina ina sebab mengandung lagi.Siapa tu? Biarlah rahsia.Kali ni berpantang,koboi la jugak.Tapi yang ni taktahu koboi level mana,hahaha.Sebab ape kata pantang koboi? Bertungku jarang kali ni.Ehehehe..Minum air pun dah tak macam berpantang anak no 1 dan 2.Ina pandai pandai minum minuman teett..Sudahnya ina jadi macam nak bentan.Sejuk..bisa badan.Huishh..,dashyat sakitnya.Akhirnya,mak urutkan.Alhamdulillah. Lega sangat.Tapi masih terasa lagi sikit malam kejadian itu.Kali ni,berpantang mak tak jaga sangat.Mungkin kecil hati,sebab ina ni degil.Tak mau dengar pesan mak.Akhirnya ina menderita sesorang mengidap.Hadoiii..Berpantang koboi pun,ina masih mengamalkan berbengkug,pilis,param dan mandi air  serum.Kali ni pantang koboi,sup daging ina makan senangkuk besar.Jadinya,ina buncit perut.Dah macam pregnant lagi.Kikiki.Tapi sekjap jer. Nasiblah ina ni breastfeeding mak.Melalui penyusuan juga,dapat bantu buang gedeber tu.Syukur mu yallah!

Penjagaan Perut

Tips :

1. Selepas mandi,segera lah sapu param pada perut dan berbengkung.

2. Bahan rahsia ina agar perut tidak buncit ialah blender halia muda 1kg campur bersama cuka dan masaklah diatas api.Gunakan semasa panas..sapu di perut.Insyallah,selain bantu mengempiskan perut juga buang angin didalam badan.

3. Ikat bengkung sekemasnya..(masa ni lah kalau nak setting semula bentuk badan.Perut kita kan sudah 9bulan membesar,tiba tiba baby dah keluar.Menggeleber perut.) Seeloknya pakai bengkung dari selepas mandi lumurkan halia tadi tu pada perut serta ikat bengkung sekemasnya.Tanggalkan bengkung time mandi aje.Tidur pun wajib guna tau 

Opps! lupa nak pesan, korang yang berpantang itu, jangan lupa ikat tocang tinggi rambut yee.. ehehehe.Silalah google. kenapa dan mengapa..heee

**Sepannjang berpantang ni.. semuanya 44 hari.Tidak pernah lagi berpantang 30 hari ke..40 hari.. apepun atas kehendak sendiri.

***Untuk maintain HB semasa berpantang ina amalkan sup sawi. 3x sehari amal..result 14 bacaan.. terkejut doktor tau.Sebab sewaktu mengandung ina hB low..paling kurang 10 jer bacaan yang dapat


Syukur tak terhingga, dari anak sulung sehingga berpantang anak ketiga, mak lah yang jaga.Dan maksaudara ina turut memandikan baby serta memasak untuk ina sewaktu mak tak sampai lagi dari kampung.

8 comments:

  1. samalah ina!anak sulung gee dengan no 2 setahun sorang..ada je mulut bising..tapi abaikan je sebab semua tu kuasa Dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya betul tu. dah nama makcik bawang. hahaha. Now kena rehat betul betul ni.. 3 orang dah ina. Gee bape ?

      Delete
  2. Aira baca dulu pengalaman2 orang untuk masa depan. Hehe

    ReplyDelete
  3. baca dulu pengalaman ina.. mana taw ada rezeki cik ash di ada baby ke.. hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TU.aMIK Aura aura dia sikit kan? Lupa dah dulu ina pernah baca buku hukum tarikan.Cik ash patut cuba baca tu.. apa yang kit afikir, yang tu kita akan dapat.

      Delete
  4. kalau pantang tak betul, memang susah nak allign balik badan.. hee~ sebab tu dalam waktu pantang adalah waktu manja kan diri.. cumanya wanita zaman sekarang tak kisah dah benda2 ni..

    ReplyDelete
  5. Berpantang memang tak boleh ambik mudah kan, boleh jadi bentan kita yang susah

    ReplyDelete