Monday, November 6, 2017

10 Tips Penjagaan Rambut bagi Wanita Bertudung


Wanita berhijab, seringkali mengalami masalah kulit kepala berbau..kulit gatal dan sebagainya. Jadi entri kali ini ada 10 Tips berguna kepada mereka yang bertudung bagi memastikan  rambut dalam keadaan sihat. 

Tips penjagaan rambut HIJABISTA

1. Lakukan cucian rambut secara berkala. Selang sehari antara yang disarankan atau sebaik kamu terasa kulit kepala terlalu berminyak. Sambil mencuci, urut dan gosok kulit kepala untuk beberapa ketika.


2. Pilihlah syampu dan perapi yang betul dan tepat untuk jenis rambut kamu. Minta nasihat pakar rambut seperti di salun di mana mereka boleh melakukan ujian ke atas kulit kepala kamu untuk mencari penjagaan paling sesuai.


3. Elakkan mencuci menggunakan air hangat kerana ia menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Bilasan air sejuk lebih wajar untuk melembutkan kutikel rambut.



4. Adalah menjadi satu kesalahan besar jika memakai tudung ketika rambut masih basah. Pastikan rambut benar-benar kering sebelum mengenakan tudung. Rambut yang bertutup dalam keadaan basah boleh menyebabkan kelemumur dan hujungnya bercabang. Malah kulit kepala yang tidak kering menyebabkannya berminyak.



5. Selepas membuka tudung dan mahu mencuci rambut, sikat dahulu rambutmu dengan sikat bergigi lebar. Ia adalah langkah yang bagus untuk elak rambut gugur begitu banyak saat mandi.



6. Sebaik pulang ke rumah, jangan terus mencucinya. Buka tudung dan lepaskan rambut. Biarkan dahulu peluh pada liang kulit kepala kering sebelum dicuci.


elak mengulang pakai anak tudung


7. Pilih anak tudung yang diperbuat daripada gentian semula jadi seperti kain kapas. Dan elakkan anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala.




8. Elakkan mengulang pakai anak tudung yang sama tanpa dicuci. Jagalah kebersihan rambut dengan menjaga juga kebersihan anak tudung dan tudung yang disarungkan saban hari.



9. Walaupun terdapat begitu banyak fesyen bertudung berlapis-lapis, namun sebaiknya pilihlah gaya tudung yang tidak begitu tebal lapisannya. Ini bagi membolehkan kulit kepala ruang benafas dan mengelakkannya memerangkap banyak peluh dan minyak.

shawl berlapis menyebabkan kulit kepala kurang bernafas dan menggalakkan kulit berminyak

10. Bagi mendapatkan kulit kepala yang sihat, diet yang baik juga sangat penting. Penjagaan dalaman! Ambillah makanan tambahan seperti biotin, silica, Vitamin B, C dan E, besi dan Omega-3.


supplemen bagi penjagaan rambut


sumber :Intrend

2 comments:

  1. terima kasih atas info ni kak. rambut sy dah rosak sebab byk bercabang dah..stress tgok rmbut byk gugur

    ReplyDelete
  2. Tips yang berguna terutama pada wanita yang bertudung..

    ReplyDelete