Monday, November 6, 2017

Blog TRANSFORM lagi...

Niche health 
Terlebih dahulu di ucapkan ribuan terimakasih kepada designer blog.Sudi melayan ina yang cerewet...ehehehe. Kali ini ina repeat order khidmat beliau buat kesekian kalinya,sebelum ini ina menggunakan hasil tangan sishawa.com di blog AURA blogger iaitu blog ina ber niche lifestyle and beauty. 
Berbalik kepada tajuk entri diatas, blog ina dihidupkan kembali atas sebab sebab minat ina yang mendalam dalam berblogging.Blog ini ber niche kesihatan 80% dan selebihnya berkenaan Lifestyle. Blog ini juga, ina hasilkan dari tahun 2012 lagi.Iaitu dari zaman ina TTC (trying To Conceive).Sedih sangat tau.


Dengan niat berniaga asalnya, blog ini dibina.Waktu ini, ina memang BUTA Social Media..,Buta dengan Whatsapp ..Buta Marketing.Kekangan waktu mungkin salah satu faktor! Facebook juga, suami  yang Create akaun..semasa zaman bertunang...Ehehehe.Akibat terlalu pentingkan kerja dan memang ketiadaan waktu untuk bersosial.Ecehhh...,Tapi betul tau. Dunia ina sedikit boring waktu itu.Dulu ina bekerja sebagai Kerani di sebuah bengkel kereta syarikat bumiputra.Jadinya, bebanan semua terletak atas bahu ina.


Blog ini dibina hasil airmata ina juga nii... eheheheeh. Setiap kali pulang bekerja, lari rumah mak sekejap untuk update entri blog.Waktu itu, ina memang tak nampak langsung Facebook tempat untuk berbisnes.hihihihihi.. teruk kan?? Masa ini in atakde lagi zuriat.Langsung! Sepanjang perkahwinan, hidup ina memang penuh dengan airmata. Setiap hari, rakan rakan di tempat bekerja semunya sindir menyindir ina.Kenapa TAK MENGANDUNG? bil anak mengandung?? Ada ke tidak suami? Ohhhhhh! STRESS ya amat.. Hari hari, pulang ke rumah asyik menangis depan suami.Bercerita pada suami.Kata nak ambil anak angkat katanya. Sehingga kan, BIG BOSS sendiri yang perli.. Zalim kan?? Mulut lelaki lebih TAJAM dari mulut WANITA.. tau tak.. Tapi bukan Semua yaaaa

Akibat desakan itu, ina membeli satu produk yang akhirnya.Mungkin juga secara kebetulan masa tu nak menjadi.. Ina telah berjaya HAMIL..Alhamdulillah.. ehehehehe. Now, 2017, ina sudah mempunyai 3 cahaya mata. DAN sekarang ina ingin kekalkan momentum sebagai seorang blogger.Rasanya, blog dan ina semakin dekat di hati juga selain allah maha pencinta.

Sebelum korang salah sangka.. inatak jual produk.Eheheheheh.. assalamualaikum



Entri lain :

MAKANAN BANTU PEKATKAN SPERMA
MAKANAN BAGI MENGHASILKAN BABY BOY
KETAHUI WAKTU SUBUR ANDA

6 comments:

  1. hi kak! selamat kembali ke blog. blog dah rindu kat akak tu.
    btw, terpikat saya pada template ni. huhu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Rezeki tuhan dah tetap tiap sorang eeee geram je dengan mulut2 longkang tu kan. Takpe orang kata roda berpusing :)

    Btw, cantik template baru akak ni

    ReplyDelete
  3. rezeki Allah dh tertulis, cpt ke tak dpt zuriat semua ketentuanNya yang cantik dah.... biarkan mulut org yg xleh nak tutup...

    ReplyDelete