Friday, November 10, 2017

Rezeki Mummy Blogger

emel dari brand yang sudi beri job review kepada blogger

alhamdulillah..rezeki musim hujan.Semalam,sambil duk propose job kat sushivid tu..(banyak reject je tau..hukhukhuk).

3 orang cahayamata






Tapi disebalik kedukaan tersebut,allah gantikan dengan rezeki lain.Tiba tiba masuk email petang itu juga, ada yang PM di facebook bagi memberi job kali ke 2.Ehehehe.. alhamdulillah,memang rezeki anak anak.Semenjak kebelakangan ini, banyak produk untuk anak anak.Sesuai la status ina sebagai mommy blogger kan.Hihihi.. ina mempunyai 3 orang anak yang berusia lingkungan 5Tahun Nur Iman Qhaisara (sulung perempuan), hampir 3tahun Nur Wardina Soffea dan bongsu baby lelaki yang kini menginjak ke 12bulan.


Bukan niat ina ingin menunjuk screenshot diatas,tetapi ina nak buka mata brands dan seller di luar sana mahupun PR sekalian.Bahawa,Pengaruh bloggers sangat la besar kuasanya terutamanya di laman media sosial.Sebelum kedatangan media pengiklanan di tv dan radio.Bloggers la orang yang penting dalam media pengiklanan.Tak kisah la bagi mempromosikan apa jualan sekalipun atau menghadiri sebarang event. Itu semua tugasan bloggers bagi memasarkan jualan.

Repeat dari brand bagi produk anak anak 

Kenapa nak beriklan di blog? Salah satunya,di blog ayat jualan boleh ditulis tanpa had.Boleh attach gambar ,video mahupun link aktif didalam satu page sahaja.Sebagai contoh Produk Z boleh attach sekali gambar produk tersebut seberapa banyak mana di ruangan entri blog.Ibaratnya,Produk Z sudah membeli satu ruangan papan iklan di ruangan bloggers tersebut.Jadi,mengapa nak bayar lebih sampai beribu bayaran yang hanya sekadar iklan pada satu atau dua hari sahaja..(iklan hanya tertumpu pada beberapa hari atau sehari..dan seterusnya,bakal pembeli sudah tak ingat lagi produk Z)  .Adalah satu kerugian yang sangat besar kepada brands.So.. tersangatlah besar pengaruh bloggers di mata media ni.


6 comments: