Thursday, November 2, 2017

Tanda tanda CYST dan FIBROID



BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM


Tetiba nak buat entri nie.. sebab tadi buka fesbuk ( ada 2 orang friendlist yang menghidap )semakin ramai golongan wanita yang menghidap cyst dan fibroid.Hais risau pulak yea.. entri kali ni ina kongsikan tanda-tanda cyst dan fibroid. Jom baca yea..






Apakah Cyst?









CYST







Cyst adalah sejenis ketumbuhan dalam kilang ovary. Kenapa ia digelar cyst? Sebabnya ketumbuhan ini mesti mengandungi cecair/fluids, sama ada air, cecair bercampur protin, darah beku, darah haid, minyak dan lendir lemak.


Ia boleh disertai dengan ketumbuhan daging yang mungkin sejenis kanser terdiri daripada rambut, cartilage, tulang dan lain-lain. Cyst ni adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Most of the case, cyst ni lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala. Cuma small percentage kes je yang betul-betul memerlukan rawatan perubatan. Tengok kat kedudukan mana cyst ni membesar dalam rahim.





Adakah Cyst Penyebab Masaalah Ketidak-Suburan ?




Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.










FIBROID



Manakala fibroid terdiri daripada bahan berserat yang menyebabkan tumor. Fibroid juga dikenali sebagai ‘ketumbuhan fibroid’, ‘fibrolids’, ‘myomas’ atau hanya ‘fibroid’. Ia terdiri daripada kira-kira 0.04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih.



Apakah Punca Fibroid? Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif. Ia boleh tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah meningkat dalam rahim. Tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

Jenis-jenis cyst fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim:



TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH


✔Gangguan Haid

✔ Keputihan

✔Masalah ketidaksuburan

✔ Kemandulan di kalangan wanita

✔ Hubungan suami isteri yang dinging atau sakit ketika bersama

✔Perut kembang

✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)

✔Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina

✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat

✔ Kerap letih dan lesu

✔Sakit lutut dan tumit

✔ Kesejukan kaki dan tanggan

✔Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)

✔ Kerap keguguran

✔ Ketumbuhan fibroid dan cyst



Jika korang mempunyai tanda tanda seperti berikut,segeralah berjumpa doktor.Sebelum terlambat! Ingat!!.. korang jangan makan sebarangan ubatan jika tidak disarankan oleh doktor.






5 comments:

  1. ada member mghidap cyst ni tpi da ok dah sbb da operate kalau tak slap lah,
    doa2 kita smua trhndr dr pkit ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. pesan pd kwn,makanan mmg kna jaga betul.Kebarangkalian tu akan menjadi semula.. sebab bnda tu dia berakar. wallahualam

      Delete
  2. persekitaran sekarang semua nak kena jaga..pemakanan lagilah kan kena jaga betul2..good info ina!

    ReplyDelete
  3. thanks akak. kita sebagai perempuan kena take note ni. tak boleh buat main.

    ReplyDelete