Thursday, November 2, 2017

JULIE'S BISCUIT yang sangat sedap!

Julies Biscuit


alkisahnya.. satu hari tu, ina silap tengok masa.Nak dijadikan cerita..Jam 11 Pagi  ina sudah keluar dari rumah bagi mengambil anak sulong yang bersekolah Tadika PASTI Al Hidayah,Kuantan. Waktu sebenar pulang ialah jam 12 Tengahari. Adoiii! memang masak la menunggu dalam kereta.Time ni pula, lupa nak topup prepaid..kalau tidak, ina dah buat Live.Ekekekeke..Bajet je kan?? Tapi memang betul pun,,semenjak melanggan plan Unlimited UMOBILE laa..jadi seakan ketagih Je nak Live..hahahaha... (Tapi kadang tu ina selalu buat Tutorial untuk wajah dan massage aje)Yang tutorial massage wajah tu..boleh tengok di Akaun Instagram ina (Sang_aura).Youtube dia, sudah ada.


Okay..berbalik tajuk entri di atas itu, sambil menanti anak.Ina sempat la makan biskut Julie's (Choco more sandwich Coklat) ini. Tak sangka pula sedap.. packaging pun menarik.Dengan warna striking yang digunakan mampu menarik bakal pembeli. Memang tak cukup satu ni tau.. heeeee. Jenama biskut julies, antara ina minat membeli.Sebab salah satunya, krim biskut yang digunakan ..,ia TIDAK terlalu manis.Dari peringkat kanak kanak sehingga warga emas boleh makan. Jadi pesakit kencing manis tidak perlu risau.eheheheh...eh,, ina tiada pun kencing manis..,cumanya ina tidak suka makan benda manis manis tau.Beringat sebelum sakit..orang kata.



Biskut ini ada dijual di semua pasaraya dan kedai kedai runcit. Harga seunit ialah Rm 3.30 .. sangat berpuas hati!
ina dan baby makan biskut julies

3 comments: