Thursday, November 16, 2017

Misi Pencarian KEROPOK (Kuala Terengganu)

Pasar Payang,Kuala Terengganu



Alhamdulillah.. setelah semalaman menginap di Kuala Terengganu( entri lepas baca di SINI . Awal pagi kami telah check out Hotel.Misi utama kami ialah..mencari Keropok Lekor. Dalam kepala dah imagine keropok yang banyak ikan.Panas panas..wooow! sedap dimakan begitu saja..tanpa goreng.(husband ina, dia geli..ina okay jee hihihi) Kami sekeluarga memang kaki makan keropok..Ehehehe.Jika pergi makan malam di restoran, mesti order keropok lekor.


PASAR PAYANG,KUALA TERENGGANU

10 minit jarak dari HOTEL kami menginap untuk sampai ke destinasi.Ina masuk ke pasar payang bersama 2 orang anak ina aje, Iman dan soffea.Iman macam macam dia order dengan mama.Ayahnya awal awal dah tau.Mama lah yang duk melayan anak anak..heeeh. Tapi misi utama ina..hanyalah Keropok Lekor aje.Ada satu kedai tu, tak ingat dah kedai mana satu, tapi kedai makcik tu dia jual keropok 17Batang RM 10..harga tersangat lah murah dan paling penting Kualiti sesuatu keropok itu.Cukup RASA ikan..(ada kedai yang jual keropok tetapi takde rasa ikan.Camne tu erkkk? tapi kali ni, alhamdulillah, ina dapat jumpa keropok sedap..)



Keropok Lekor 
Diterengganu ni, Keropok Lekor benda WAJIB orang cari selain Kain Sutera tau.Ina kurang sikit kalau bab bab macam tu.Heeeehhhh.. 

Keropok Lekor TOK MOLOR

Dengan kegigihan ina mencari keropok lekor, tanya jugak rakan blogger (sisgee.com) .Akhirnya jumpa hasil menggunakan google maps.Tehehehehe.. (jarak dari pasar payang tadi  ialah 10 minit sahaja..lebih kurang) asalnya nak cari keropok VIRAL itu.Tetapi tak jumpa yang itu.. ini pun jadilahh yerk. Di Keropok Tok Molor ina membeli keropok hanya 3 plastik aje..test jer, risau keropok tak sedap kan.Tapi agak rugi, kerana tekaan ina meleset (1 bungkus plastik dijual pada harga RM 6 ...Kuantiti agak banyak). Keropok di sini memang sedap. Boleh potong kecil kecil dan ia mengembang.Woow! sampaikan terkejut suami, katanya bila masa pulak beli banyak keropok.Ehehehehe.. hurmm.. dah lah MURAH..berbaloi lagi, dengan kerangupan dia lagi.



siap beratur lagi tuh

semasa ina sampai di kedai Keropok Tok Molor Ni kan.. ada 2 side , bahagian kiri itu untuk belian runcit.Dijual keropok mentah dan siap goreng. Sebelah Kanan .. nampak tak plastik besar besar tu (yang warna pink)..,itu semua di booking oleh tauke tauke kedai makan, maybe la kan.Sebabnya ada yang borong 10 kilo keropok mentah.


Sampai disini sahaja pencarian keropok lekor di Terengganu. Sangat berpuashati! Ia satu pengalaman menyeronokkan Korang kalau sudah jemu makan keropok di Pasar Payang, Boleh terjah disini pula yer. 

5 comments:

  1. Replies
    1. Insyallah.. kena takleh plan.Plan konpom tak jadi..hikhik

      Delete
  2. sedapnya.. kalau dekat nak kirim dah hahahaha

    ReplyDelete
  3. Kopok Tok Molor mmg sedap.. Terbaik cicah dgn sos keluaran Tok Molor... Mmg sedakk

    ReplyDelete