Sunday, February 18, 2018

2 Sebab mengapa Ibu Mengandung jangan terlalu ikutkan keinginan dan mengidam

Lama dah tak bersiaran di blog ini.. ehehe.Minta ampun ya..,ehehe.Sebenarnya,topik entri ni ina nak membebel aje tentang kehamilan.Memang banyak la pantang larang bagi ibu mengandung ni tau.Terlalu banyak.. tetapi kalau korang rasa taknak ambil tau dan cakna.Dipersilakan..tapi jangan masa tu korang nak menangis ke ape.. memang dah terlambat.Semuanya tentang kehamilan..


scan kandungan



Okay,sebab apa ina nak bercakap tentang tajuk ni?? Ina bukan lah pakar penasihat,jauh sekali doktor. Tetapi ina rasa bertanggjawab untuk menegur.Sebab ina kesian sangat tau.Ada ibu-ibu muda,dan yang mana sudah jadi ibu,tetap taknak ambil tahu tentang ini.Bila ditanya,ehh..mengidam.Teringin katanya..haaa.

Tambahan lagi,ina tak mahu la.Di sebabkan korang mengidam.Korang makan benda-benda tak sihat semasa mengandung.Iya,memang sedap..tetapi sedapnya hanya sekejap sahaja.Dan kemudian akan membawa kesan buruk akan kehamilan korang tu.Ina juga bercakap berdasarkan pengalaman lalu. 

Keinginan  atau Mengidam


MAKANAN BERASID




Semasa ina mengandungkan Nur Wardina Soffea,kandungan memasuki 7 minggu.Ina di kejutkan dengan Bleeding (pendarahan semasa kehamilan).Sebelum berlaku,ina memang teringin sangat nak makan jeruk.(jeruk dibeli dari sopping mall) Ya Allah,masa tu kan..ina boleh pula terlupa bahawa ina ni mengandung.Keesokan harinya,ada spotting.. pendarahan secara sedikit tetapi berterusan.Pendarahan yang ..walaupun ia keluar secara sedikit.Tetapi apa yang menakutkan ina.Ia darah 'Fresh'..

Menggigil sangat masa tu..menangis dan menangis. Dalam hati, waktu ini sudah fikirkan.Semacam nak berlaku keguguran ni.

Tanda Keguguran lain ketika itu ialah,



  • pendarahan ON OFF.
  • Darah bewarna kemerahan.
  • Didatangkan sekali dengan kesakitan sekitar perut.. seperti kekejangan di kawasan perut dan vagina.
  • Ciri lain : pendarahan keluar sekali bersama ketulan.



Dan waktu ini,ina pergi ke klinik untuk lakukan pemeriksaan ke atas kandungan ina.3 Klinik semuanya ina pergi dapatkan rawatan.Kesemua klinik mengatakan bahawa kandungan ina sudah tiada.Sebab semasa kandungan di scan oleh doktor O&G menunjukkan hanya kandungan hanya mempunyai kantung sahaja.Tiada janin di dalamnya.Allahuakbar!! Menangis suami ..apabila mendengar kata Doktor. Tapi sebenarnya..kandungan ini special.. kandungan memasuki 9 minggu,baru heartbeat (detakan jantung) hadir.Allah tiupkan nyawa Nur Wardina Soffea sewaktu 9 minggu kehamilan.Bagi ina ia agak lambat.. sebab ikutkan doktor O&G suruh lakukan lakukan proses D&c dengan segera..katanya lagi,sebab kandungan kosong..tiada heartbeat ketika ini. 


Itu jenis ina.Kandungan kali ini sensitif,berbanding kandungan pertama.Kandungan ke 2 ini yang rasanya,agak manja lah.Semua tak boleh ni.Dan selepas dari kejadian ini..,jika kesilapan memakan sembarangan makanan..akan berlaku pendarahan.Sehinggalah.. doktor remarks didalam buku merah (buku ibu mengandung) yang ina uri di bawah.Walhal tidak sama sekali.. scan tidak menunjukkan ina uri di bawah.Semuanya normal belaka.



MANDI AIR TERJUN / AIR LAUT 



air terjun

Masa mengandung lah,rasa macam nak terjun aje dalam air laut lahh...,nak mandi kat air terjun juga.Haihh..Entah berapa kali memujuk rayu suami supaya membawa ina mandi manda di air terjun.Nasiblah suami tak layankan..eheheeh. Kata suami,tak elok ibu mengandung ni pergi ke tempat-tempat macam tu.Bahaya untuk kandungan dan ibu mengandung..  Tetapi masa ni,ina dah mula menangis-menangis.Nak sangat pergi.Heeehh.

Berkenaan isu ini,walau ina tiada pengalaman mengenai ini,tetapi kakak ipar ina pula yang mempunyai pengalam mistik.Haaaa..

Kisahnya.. apabila lebih kurang 6.30petang.Kakak ipar yang kebetulan datang dari Raub,teringin sangat nak bawa anaknya berumur 2 tahun untuk menikmati keindahan serta angin pantai.Nak di jadikan cerita, anaknya selepas pulang dari pantai tersebut terus demam pada malam itu.Nasiblah tiada sebarang gangguan kepada kakak ipar yang sedang sarat mengandung.Tetapi gangguan datang kepada anaknya..pada malam tersebut,anaknya meracau racau selama 2 hari.Dan alhamdulillah.. pulih setelah di rawat oleh ustaz. 

Kesimpulannya disini..jangan lah kita terlalu ikutkan nafsu.Buruk akibatnya.. jadi,korang jagalah kandungan sebaiknya.Ikuti nasihat-nasihat orang tua..jika orang tua melarang keras..,ada lah sebab dan munasabah.

2 comments: