Wednesday, February 21, 2018

Jawatan Kosong di Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor


KEKOSONGAN JAWATAN




Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor mempunyai jawatan kosong seperti berikut.


JAWATAN :

1) Pembantu Keselamatan (KP19) (LELAKI) (2 kekosongan
2)Pembantu Pembangunan Masyarakat (S19) (PEREMPUAN) (1 kekosongan)

PENEMPATAN : Rumah Perlindungan Khas Wanita Negeri Johor
GAJI DITAWARKAN : RM54 SEHARI ( GAJI PEKERJA SAMBILAN HARIAN)

INSENTIF :

  • ELAUN LEBIH MASA (OT)
  • Kiraan = RM5.95/perjam
  • KWSP dicarumkan

KELAYAKAN

1. Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur tidak kurang dari 18-30 tahun
  • Kelulusan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.

2. Keutamaan diberi kepada calon :

  • Menetap di Johor.
  • Lelaki. (Pembantu Keselamatan) Perempuan (Pembantu Pembangunan Masyarakat)
  • Berkebolehan berkomunikasi dengan baik.
  • Boleh bekerja shift.
  • Mempunyai lesen memandu (D) dan boleh memandu van jabatan. (Lelaki)

3. Tugas-tugas Pembantu Keselamatan adalah seperti berikut :

  • Mengawasi pelawat­-pelawat yang memasuki kawasan Rumah Perlindungan Wanita.
  • Membuat rondaan/pemeriksaan bagi memantau di dalam kawasan dan luar bangunan/premis dan membuat catatan rondaan/pemeriksaan yang dijalankan di dalam buku laporan harian.

4. Tugas-tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat adalah seperti berikut :

  • Menjaga kebajikan penghuni Rumah Perlindungan Khas Wanita Johor.
  • Memantau kegiatan penghuni dari masa ke semasa.
  • Menjalankan program bersama penghuni.



CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah menyediakan resume bergambar beserta salinan sijil-sijil yang berkaitan telah disahkan benar (fotostat atau scan sahaja) hendaklah di hantar ke emel norazlin.jpw@gmail.com @ norazlin@jpw.gov.my.

Hanya calon yang berjaya dalam tapisan akan dihubungi untuk ditemuduga.


No comments:

Post a Comment