Thursday, February 22, 2018

Kemurungan boleh bawa MATI

Umum sudah tahu, semakin hari.Semakin ramai yang mati akibat Depression.Ehhh, korang tau tak depression tu ape ye? Sebelum pergi jauh lagi,meh ina bagitahu dahulu apa sebenarnya depression ini.

DEPRESSION ( Kemurungan )


Kemurungan atau depression adalah satu istilah perubatan yang menggambarkan perubahan emosi yang keterlaluan. Ia bukan lagi emosi normal tetapi suatu penyakit yang perlu dirawat.



depression (kemurungan)


Depression atau kemurungan datang dalam pelbagai situasi masalah.Misalnya..,seorang individu yang bujang.


Situasi 1:




Kerap di tanyakan soalan "Bila nak kahwin? Nanti jadi anak dara tua. Kata seorang hamba allah kepada si polan tersebut.Hari-hari tanya benda yang sama.


Situasi ke 2


lambat mendapat anak


Pasangan berkahwin.. yang telah lama menanti zuriat.
Antara ayat yang sering di tanya 

Eh...,Jenah.Z sudah mengandung la.Tak sampai setahun lagi,tapi sudah berjaya jadi bakal ibu.

Dan kawan-kawan dan boss pula yang sibuk kata salah seorang antara pasangan tersebut MANDUL! lagi lah stress...stress dan seterusnya proses kehamilan agak sukar terjadi.Kerana golongan TTC (Trying to conceive) sebenarnya memang tak boleh stress.


SITUASI 3 

surirumah sepenuh masa



Si polan pula bertanya.. 

A : Tak bekerja ke kamu?

B : Tak,jaga anak aje.Suri rumah sepenuh masa.

A: dalam hati ( asyik makan duit suami ajer,menyusahkan dengan anak yang ramai dan masih kecil) 

SITUASI 4





Si polan tersebut asyik kemurungan apabila mengenangkan JODOH yang tak kunjung tiba.Umur pula semakin meningkat.Iyalah..,dah ramai yang reject.Akhirnya..kemurungan juga.


Cara Menghindari DEPRESSION atau Kemurungan


1. Luangkan masa



setiap petang lakukan aktiviti sihat seperti berjogging,zumba,main gym dan aktiviti luar lain.


2. Elak Bersendiri



Jangan bersendiri.Cari kawan atau sesiapa sahaja yang boleh di percayai untuk berkongsi kisah dan masalah.Jangan pendamkan masalah!


3. Dekatkan diri kepada Allah



zikir


  • Jaga solat (jangan tinggal solat 5 waktu sehari semalam).Segerakan perintah allah.Jangan melambatkan urusan akhirat.Insyallah..allah jaga diri kita.
  • Perbanyakkan zikir,iaitu dengan mengingati allah.
  • Lakukan solat sunat di tengah malam bagi ketenangan jiwa.Insyallah..Jiwa tenang.Dan urusan dipermudahkan serta doa diperkenankan allah s.w.t
  • Membaca al-quran setiap hari..(cuba curi sedikit masa).Iyalah kan, social media boleh pula on 24jam.


Pesan ina.. janganlah orang ramai terlalu suka menjaga  'hal individu tersebut'. Biarlah mereka dengan hal sendiri.Jangan terlalu prihatin sangat,tak ada kebaikan..sebaliknya mampu membuatkan individu tersebut dalam kemurungan.Nescaya..,semakin menyusahkan kehidupan orang lain juga.Kematian berlaku kebanyakan daripda kemurungan.

No comments:

Post a Comment