Wednesday, February 21, 2018

Rambut Furqan Sudah mulai tumbuh

Sebelum ini,ada mulut-mulut yang berbunyi 'eh, rambut nipis nya..rambut kerinting lagi..' Bayangkan,mulut orang-orang yang laser.Diikutkan memang lah geram..nak jer cili mulut tu..,nak jer p marah balik tau.Tapi sabar aja lah.. 




gambar semasa furqan berambut nipis


Ina mengambil langkah seterusnya,ina sendiri membotakkan kepala anak bujang laki ina ni haaa.Kan senang.. sendiri jer buat. Jimat kos..muehehehe. Sebenarnya,ina ni bukan berkemahiran langsung nak menggunting rambut anak-anak.

Ina start gunting pendek dahulu rambut furqan tu.Dan seterusnya ina mencukur pula kepala dia.Heehhh...kan mudah  kan?? 



Cabaran Menggunting rambut kanak-kanak berusia 1 tahun 




hasilnya.. selepas mencukur 


Amik kauuuu! kan dah botak bertompok tompok jadinya. Tersangat mencabar semasa memotong  mencukur   rambut furqan ni.. adeiii. Seperti ina ceritakan saeperti diatas tadi.Ina mulakan dahulu  dengan memotong pendek terlebih dahulu rambut.Kemudian,barulah ina lakukan proses mencukur.

Ya allah,masa ni kan..entah berapa kali.Si furqan ni menangis meraung meronta macam tu. Adalah terkena sedikit mata pisau di tepi telinga.Auchhh! memang tak disengajakan pun.Dia nak lari waktu ini.. puas pujuk.Akhirnya..,begini lah rupanya. 


terdiam


Agak terkejut

Okay,yang ni memang kelakar moment.Sejurus kepala siap di botakkan.Furqan hanya baring dan terdiam seketika di atas sofa.Mungkin terkejut kot.Sebab selepas ina siapkan furqan ( mandi dan pakaikan pakaian dia).

Perbualan ina: 

Mama: Furqan,meh sini kejap.Tengok cermin dulu.Handsome tak furqan?

Furqan : Berlari ke bilik dan berdiri depan cermin.Dan ... terus furqan berlari keluar bilik dan merebahkan badan di atas sofa dengan muka begitu. ( Gambar seperti di atas).

Reaksi ina? masa ni ina hanya gelakkan aje bersama 2 orang lagi anak  iaitu sara dan soffea. Ina fikirkan,mungkin dia terkejut bila kepala terasa ringan. Dan untuk pengetahuan korang juga, Furqan seharian asyik pegang kepala. 







rambut sekarang



Alhamdulillah,hampir sebulan dah furqan di botakkan kepala.Dan ini  lah hasilnya.. jadi rambut lurus ikut bapaknya.Eheheeheh.. setakat ni baru 2 kali cukur botak. Syukurrr sangat! Moga mulut-mulut yang suka mengambil tahu hal orang,sila insaf segera.

No comments:

Post a Comment