Tuesday, February 27, 2018

Rushing siapkan kerja di Allyoung

Pertama kali ni,ina sanggup turun ke Kuala Lumpur (yang mana ina dari Kuantan)demi menyiapkan sedikit kerja dari pihak Allyoung (Swissvitamy jenama skincare).Alhamdulillah,urusan di permudahkan.Walaupun agak sedikit tegang semasa proses mencari bangunan The Vertical Bussiness Suite.

Bagi ina yang pertama kali dengar bangunan ini.Memang rumit sangat.Guna maps juga..tetapi malam sebelum ke Kuala Lumpur,ina sudah bertanyakan kepada kawan-kawan di dalam group Kelab Blogger Ben Ashaari (Kbba9).Alhamdulillah,group yang sangat-sangat membantu bagi ina.Kerjasama yang di berikan sangat bagus.Majoriti dari ahli ialah mereka yang menetap sekitar Kuala Lumpur.

Berbalik kepada Allyoung.Setelah 2 jam bertolak dari Kuantan,akhirnya kami sampai tepat jam  11 pagi disana iaitu waktu appointment. Ina tak sangka pula,ingatkan bangunan Allyoung ini hanya bangunan biasa. Rupanya,bangunan yang besar.Yang mempunyai banyak pejabat-pejabat korporat di situ dan mempunyai tahap keselamatan yang amat tinggi. Sistem keselamatan di jaga ketat bagi memasuki bangunan tersebut.

Setelah ina bertanya kepada orang awam di situ,tempat yang ina ingin tujui ialah bangunan A.Menaiki lif untuk sampai ke Allyoung.Allyoung berada di tingkat 18.



allyoung 




DISAMBUT MESRA


Alhamdulillah,ina di sambut mesra oleh staff mereka.Di pelawa terus memasuki ke bilik mesyuarat mereka serta dihidangkan air.Sejurus itu,staff mereka memberikan ina goodies bag yang mana ia mengandungi produk skincare jenama Swissvitamy yang bernilai RM 200.Nak tau apa yang ada dalam goodies bag? Nantikan unboxing.. di channel youtube ina.



SESI RAKAMAN


Rakaman video ina perlukan menjawab soalan-soalan mereka secara spontan.Haaaa...,kalau korang kat tempat ina macam mana? Hihihihihi. Super spontan tau. Kesemua soalan mempunyai 8.Ada 8 pertanyaan dari pihak mereka.Alhamdulillah, lega sangat.Soalan berkaitan produk skincare mereka jer.Ina memang pengguna produk mereka setelah hasil menakjubkan yang ina dapat.Untuk pengetahuan korang,sesi rakaman ini ialah  Your profile will be shared on Taiwan, USA, Indonesia & Thailand social media platform. Macam mana ina boleh terpilih dalam pencarian mereka?? Boleh baca di sini dan entri review ina mengenai Swissvitamy.

Setelah selesai rakaman, ina dah boleh pulang.Alhamdulillah,jam 2 petang ina tinggalkan bangunan The Vertical Bussiness Suite.Memang tak sempat nak round sebenarnya dalam bangunan itu.Dalam bangunan itu,ada shopping mall.

Tetapi disebabkan mengejar masa.Maklumlah,ina pergi balik hari (kalau ada yang sudi sponsor penginapan kami,lain cerita lahh..heeee~ perasan jer kan ina ni?)
bersama suami dan 2 orang anak ina.Kesian kepada mereka.. mungkin letih ya amat.Jam 6.30 petang kami selamat tiba di Kuantan.

1 comment: