Wednesday, February 28, 2018

Sara dan gigi geraham


Kisahnya,minggu lepas.Nur Iman Qhaisara gigi dia dah tercabut. Tak menangis pulak.. kalau ina zaman dia ni..,mau menangis.Ehehehe.





Sewaktu gigi sara tercabut,Sara dah bagitahu mama.. yang mengatakan gigi dia ni dah bergoyang goyang.Tapi timing yang dia bagitahu tu kan, tak kena.Ina tengah busy memasak lauk makan tengahari.Ina iya kan ajer.. 

Kali ke-2 dia datang ke dapur sambil menunjukkan mulut dia tu sambil ternganga.Dengan muka bangga lagi tu..

Sara : Mama,gigi sara dah cabut ni..
Mama : Haaa?? Betul ke ni?? tak caya lah mama kat awak ni sara.
Sara : Jap erk.. sara nak pergi cari gigi tu kat mana dah tercampak.Sebab Sara terkejut.Gigi Sara tercabut pula.
Mama: Kena percaya lahh..sebab dia cari.. bukti pun ada kan.(Dah rongak jadinya.. )


Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr Teo Choo Kum berkata, pereputan gigi kanak-kanak biasanya bermula dari atas (hujung gigi) manakala bagi orang dewasa masalah pereputan berlaku di celah-celah gigi.

Bakteria dalam mulut akan bertindak ke atas makanan yang tertinggal atau terselit di celah gigi, menghasilkan lapisan melekit berwarna putih kekuningan di panggil plak.

“Jika gigi tidak dibersihkan dengan baik, lapisan bakteria ini akan terus membiak. Apabila kita makan makanan bergula atau berkanji, bakteria akan menghasilkan asid untuk menyerang enamel (lapisan luar gigi). Kehadiran plak akan memudahkan asid melekat pada enamel, lama kelamaan menyebabkan gigi reput dan berlubang.

Tiba-tiba ina teringat kisah zaman kecil kecil.Tapi itu masa ina darjah satu.Still menangis lagi kalau pergi Klinik cabut. Setiap hujung minggu,mesti mak paksa kami 3 beradik ke klinik untuk aktiviti mencabut gigi.

Sehingga sekarang,ina dah dewasa pun.Pembantu nurse Klinik pergigian itu masih kenal ina.Mana tak kenal weiii. 1 Klinik dengar suara ina menangis terjerit kat situ.Ehehehehe.. Sakit tau,kena cabut gigi. Ehehehe.. jarum dia tu tak menahan. 

Berbalik kisah sara tu.Ina memang tak galakkan anak-anak memakan gula-gula dan makanan ringan.Tetapi bila macam ini.Masing-masing nak menyumbat anak-anak.Haihh lahh.. bukan sayang macam tu duk sumbat benda benda tak berkhasiat kepada budak-budak.Walau boleh di berus gigi selepas makan,efek nya ..memang tetap ada.Tunggu lah,bila sudah dewasa,time tu macam-macam penyakit yang menyinggah. Time tu..,nak menyesal memang takda gunalah. 

No comments:

Post a Comment