Tuesday, March 20, 2018

2 MINIT untuk memasak Paprik Sotong

Ini antara favourite makanan yang ina order jika makan di luar.Dahulu mana lah Ina pandai memasak.Serius...,memang Ina tak reti masak.Memang fail.Tetapi itu dulu lah.Sekarang tak lagi. Dah boleh masak macam menu di kedai.Paprik sotong lah,antara menu wajib bila makan malam di luar.Kali ini,Ina nak bagi resipi mudah untuk menghasilkan paprik sotong.


PAPRIK SOTONG 



Bahan-bahan Paprik Sotong


Sotong  ( 5 Ekor )
Daun Limau purut ( 2 helai )
Cellery  (1/2 batang )
Lada Merah ( 1 biji )
Bawang Putih ( 3 biji )
Sos cili ( 1 Sudu Besar )
Pes tomyam ( 1 Sudu Besar )
Kacang Buncis 
Kobis bunga 
Carrot ( 1 Batang )
Sedikit minyak masak untuk menumis










Tak tahu cara nak siang sotong? Boleh tengok video ini : Cara potong sotong 





CARA MEMASAK PAPRIK SOTONG :



1. Panaskan kuali.Masukkan minyak masak untuk menumis.

2. Setelah minyak panas.Masukkan bawang putih yang telah di ketuk,bawang merah dan lada merah.Tumiskan sehingga naik bau.

3. Setelah bahan tumisan bertukar warna dan garing.Masukkan daun limau purut.. racik halus..

4. Masukkan sotong.Masak sehingga sotong tersebut sehingga separa masak.

5.Kemudian,masukkan juga Pes tomyam dan sos cili.

6. Gaul sekata.Masukkan juga cellery,carrot,tomato dan bunga kobis.

7. Biarkan paprik tersebut selama 10 minit atau sehingga menggelegak 2 kali.

8. Sedia dihidangkan.


Sedap sangat ni..makan dengan nasi panas.Lagi satu..korang kena gandingkan dengan sambal belacan beserta timun atau ulam lain.


TIPS MEMASAK PAPRIK SOTONG:


Selain sos di atas,korang boleh juga guna tambah seperti sos tiram,kicap dan masukkan sedikit cili kering bagi menambah rasa pedas.


Bagi korang yang nak tengok video masakan Paprik sedap ini, boleh tekan link di sebelah https://goo.gl/TpZQTM

macam ina lah,kadang-kadang..baca resipi..payah nak faham kan? Ini ina sertakan sekali video masakan ina sendiri.Tapi kalau korang  macam susah nak faham video tu,boleh baca artikel ina ya.

Selamat mencuba! Lepasni,korang boleh masak setiap hari menu ini tau.Ehehehe..Dah tak perlu makan di kedai siam lagi.

..bagi korang yang sudah mencuba resipi ini.Bolehlah dengan klik SHARE untuk hebahan umum.Sama samalah kita berkongsi Ilmu masakan.Malahan,semakin banyak allah kurniakan lagi rezeki kita.



3 comments:

  1. Segarnya tgk paprik sotong tu ina...ada resepi ni senang...masuk blog ina boleh terus masak dah.

    ReplyDelete
  2. sedapnya paprtik sotong ni.my fav food.mesti tambah nasi tau.2x makan tau

    ReplyDelete