Wednesday, March 21, 2018

5 Tips supaya anak-anak tidur awal




TIP MUDAH ANAK TIDUR MALAM


Mesti Ibu-ibu kat luar sana mempunyai masalah ini kan? Anak sukar tidur malam.Kadang kala,ada antara yang tidur jam 3 pagi.Haaa? Kesian kan? Keesokan hari nak kesekolah.Dah macam mana ya? Kesian pula mereka ni kan. Tapi korang mesti dah cuba pelbagai cara kan? Entri kali ini,Ina nak berkongsi pengalaman ina kepada korang semua ibu bapa.




ELAKKAN ANAK TIDUR SELEPAS WAKTU ASAR



Sesetengah kanak-kanak,selepas waktu asar.Mula lah mereka ini nak tidur kan? Masing-masing kepenatan selepas waktu persekolahan.Jadi jalan penyelesaiannya,cuba ibu bapa luangkan sedikit masa untuk membawa anak-anak ke tempat riadah lain seperti taman permainan,tasik dan pantai.

Apabila mereka semua kepenatan,insyallah.Secara automatiknya mereka akan tidur awal. Dan jika risau anak terjaga di tengah malam.Pastikan ibu bapa berikan anak makan mencukupi sebelum masuk waktu tidur.



GADGET SMARTPHONE SILA JAUHKAN DARI ANAK ANAK


Umum sudah mengetahui,akan keburukan gadget iaitu smartphone.Ia boleh membuatkan anak-anak tidur lewat malam.Dengan leka asyik terlalu bermain game online.Jadi,sila simpan segala gadjet tersebut.Mungkin ibu bapa kena bertahan selama beberapa hari sahaja.Selepas itu,anak-anak sudah tak berani lagi meminta. 



MATIKAN TELEVISYEN


Tutup televisyen korang,dan bawa anak-anak ke bilik mereka.Jika boleh,Ibu sila lah teman sehingga mereka tertidur.Ini bagi kanak-kanak yang masih mencuba untuk berpisah tidur bersama ibu bapa.



BACAKAN CERITA KEPADA ANAK 



Rutin sebelum tidur,korang sebagai ibu bapa boleh lakukan aktiviti bercerita kepada anak-anak.Tetapi harus diingatkan,jangan bercerita pula kisah seram.Silap-silap,anak korang semua nak tidur di bilik ibu bapa.



AKTIVITI LAIN SEBELUM TIDUR


Bunyi cadangan ini,mungkin sedikit gila dan tak masuk akal.Tetapi percaya lah.Setiap kali ingin tidur,Ina pastikan anak-anak akan mengayuh dahulu basikal.Bagaimana? Dengan keadaan baring terlentang.. dan ajar anak supaya naikkan kaki ke atas dan lakukan gaya seolah korang sedang mengayuh basikal tersebut.Faham? insyallah..berdengkur anak-anak tidur..3 kali kayuhan,sudah tertidur. 


American Academy of Sleep Medicine mengesyorkan kepada ibu bapa waktu tidur anak anak yang mencukupi :


Bayi 4 bulan hingga 12 bulan: 12 hingga 16 jam

Kanak-kanak berumur 1 hingga 2 tahun: 11 hingga 14 jam

Kanak-kanak 3 hingga 5 tahun: 10 hingga 13 jam

Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun: sembilan hingga 12 jam

Remaja 13 hingga 18 tahun: lapan hingga 10 jam

Demikian tips supaya anak tidur awal yang dapat ina kongsikan pengalaman sendiri dengan mempunyai cahaya mata 3 orang.Selamat mencuba!

1 comment: