Friday, March 30, 2018

Ajar anak berpisah pampers tak sampai seminggu

Kisahnya,masih kisah anak-anak Ina.Hihihihi...bukan setiap hari.Mungkin boleh mak ayah kat sini boleh jadikan panduan sedikit untuk anak yang ingin berpisah pampers.





Pagi ini,ialah hari ke 7 Nur Wardina Soffea sudah berpisah dengan pampers.Satu kejutan buat mama dan abah serta kakak Sara. Memang tak jangka langsung,Soffea akan awal berpisah pampers.


TIDUR MALAM TIDAK BERALASKAN PELAPIK TILAM KALIS AIR

Tidur malam pun,Ina langsung tidak memakaikan Soffea pampers.Tilam pun tidak beralas dengan waterproof bed cover..Hihihihi,berani betul kan ina? Mesti korang tertanya-tanya,tak takut ker anak terkencing waktu malam? Jawapan ina tidak sama sekali.

Apabila Soffea hampir seminggu menginjak ke usia 3 tahun.Dia semakin bijak.Katanya,dia nak sekolah macam kakak.Jadinya,pampers sudah tidak mahu pakai lagi.


SEBELUM TIDUR


Sering berpesan kepada Soffea,sebelum tidur malam.Soffea mestilah  masuk tandas terlebih  dahulu.Buang air kecil.. malam dah tak boleh kencing dalam seluar lagi.Jangan buang air besar atau kecil di dalam seluar yer soffea. Pesanan ini dari ada awal soffea tidak memakai pampers lagi..ini antara dialog ina bersama Soffea:


Mama:  Soffea,Jom masuk tandas.Buang air kecil ke atau nak berak?

Soffea : Ohhh,tak boleh kencing ke mama? (sambil buat muka blur dan pipi gebu tu)

mama : Tak boleh lah,sayang.Kata tadi,sudah besar kan? Orang besar,tak kencing berak dalam seluar.

Soffea:  Ohh..


AGAK PENAT

Tak dinafikan,memang agak penat pada mulanya.Soffea terberak di dalam seluar satu hal.Pengalaman kelakar bagi Ina lah.Pada hari ke 3 tidak menggunakan pampers,satu hari banyak kali Soffea mengajak mama masuk ke tandas. Setiap 5 minit sekali,asyiK berulang ke tandas.Mama? sampai demam melayan karenah awak Soffea.Dengan furqan lagi yang masih kecil...

SOFFEA KELIRU..NAK BERAK KE APA NI??


dia bagitahu.. "Mama,yaya nak berak ni..". Okay,Ina bawak dia terus ke tandas.Pabila di tandas,bukan nya berak pun.Kentut jer...hihihih.Masa ni,Soffea keliru.Dia tidak dapat bezakan sama ada ni nak berak ke atau kentut. Dia takut nak lepaskan kentut tu.Lastnya,cari tandas.Mungkin Soffea takut terberak sekali kot.


TAK SAMPAI SEMINGGU,SOFFEA BEBAS PAMPERS


Tak dinafikan,kali ini.Anak Ina yang ini laju sikit.Mungkin lain anak,lain ragam.Ada yang cepat dan juga lambat.Hanya praktik pisah pampers tak sampai seminggu.Kini Soffea sudah berjaya.Alhamdulillah..,sekarang si bongsu sahaja yang masih menggunakan pampers,iya lah..baru berumur 1 tahun 6bulan.Kecil sangat lagi nak pisah pampers pun.


JANGAN KESIAN

Antara dialog ina dengan Soffea :

Soffea : Mama,Soffea nak pampers.Boleh tak? 
( semasa hari pertama percubaan berpisah pampers)

Mama : Tak boleh!

Soffea : Buat muka comel sambil minta simpati. 

Mama : Tak boleh la... (dengan nada lembut..). Soffea kan sudah besar,nak sekolah lagi nanti.

Soffea : Muka terus senyum.Tersengih sengih apabila,mama sebut 'Sekolah'.. eheheh. Walhal umur 5 tahun baru Ina nak masukkan dia ke tadika.Lama lagi tuuu..


Pernah la juga,Soffea terberak dalam seluar.Mama? Redha dan bersabar,basuh lah seluar dia.Tetapi itu adalah pengalaman berharga dia sebelum betul-betul pandai,dah tak menggunakan lagi pampers.

Kita sebagai ibu bapa,kena lah pandai main psikologi anak-anak ni.Jangan terlalu kesiankan anak-anak.Semuanya untuk kesan baik di masa hadapan.Memudahkan kita,sebagai penjaga anak-anak.

2 comments:

  1. mmg memenatkan bila mula anak off diapers sebab kena kerap bawa ke tandas setiap 2 jam, 5, jam dan seterusnya tapi kalau tak mula awal mmg alamat lama la dia berdiapers nanti kan..

    ReplyDelete
  2. Semangat rasa nak train anak bebas pampers lepas baca entry ni. cabaran besar untuk mak2 bila nak handle part ni. hehe

    ReplyDelete