Saturday, March 3, 2018

Akhirnya kembali kepada prepaid


Akhirnya.. prepaid juga.


prepaid vs postpaid





Khamis yang lepas,setelah rasa 'macam bodoh je' asyik membayar benda yang tak digunakan.

Iyalah,pada asalnya nombor telefon ini hanya prepaid pada tahun 2010.Akibat gatal tangan,ina menukar kepada postpaid.Akibat tertarik dengan plan telco berkenaan.Huhuhuhu..

Bil Postpaid Kian melambung


Entah macam mana,nak kata.Ina bukan kaki 'Live' di sosial media.Tetapi bil semakin naik melambung.Tak larat weiii,nak membayar.

Sebenarnya,sakit juga hati.Bil melambung.Wifi guna yang di rumah sahaja.Telefon pun jarang..nak telefon sape..? whatsapp jer dengan suami atau kawan kawan.Takkan itu boleh cecah ratusan.

Disebabkan sakit sangat hati.Ina menukar ke plan paling rendah iaitu lebih kurang RM35 jika tak silap.Bayaran bulanan dia tu.Tapi itulah..

Pernah akibat sakit hati,melampau ina ni tak bayar bil selama 3bulan.Hihihihi..

Reaksi Staff Telco


Reaksi staff telco berkenaan kenapa ina bertukar kepada prepaid..? Staff telco berkenaan seperti terkejut.Tanya apa sebabnya.. ina? Kata nombor ini,jarang guna.Hanya gunakan untuk terima panggilan keluar masuk sahaja.Lagipun nombor ni pun agak cantik.Angka di belakang 6861. Sayang nak matikan..

Jadi pengguna yang bijak


Sekarang..ina sudah bebas dari postpaid.Alhamdulillah. Satu bebanan sudah berjaya di kurangkan.Syukur sangat..! Lagipun ina ni bukan bekerja,hanya menulis di ruangan blog je.Faham ajelah,bukan macam makan gaji.

Lagipun,ina sudah ada nombor lain juga untuk kerja ina ni sekarang.Satu nombor untuk personal dan satu lagi sebagai nombor kerja.

Perbandingan Postpaid dengan Prepaid


Sangat banyak perbezaan.Prepaid ni jika nak guna ina baru topup,nak dibandingkan dengan postpaid.Guna tak guna tetap kena bayar.Dan apa yang ina perasankan.Dia macam charge 2kali pada tiap bulan.Ke ina salah tengok?? Huhhh..

Perbezaan paling ketara,tiap bulan ina topup RM10 jer.Lama kelamaan jumlah kredit yang dikumpulkan sebanyak RM 64.xx. Haa.. itu penangan prepaid.Lagipun buat ape nak gunakan postpaid kan? Kat rumah dah ada wifi.Lagi membazir jer. Ini jika ina outing bersama family,ina hanya ON data jer.Guna unlimited..

Korang pulak macam mana? guna prepaid atau postpaid ya..? okay ke korang? Bil tak melambung ke? Saja tanya korang.. Kot ina sorang jer terkena.Apa pun..,ini semua pengalaman ina selama menjadi pengguna postpaid.

1 comment: