Tuesday, March 27, 2018

Angkara Video bawang VIRAL.. Anak-anak ketakutan

viral bawang bercakap


Satu kelegaan kepada Ina,apabila anak-anak semuanya ketakutan dengan bawang.Hahaha..Jika sebelum ni,Ya Allah.Budak-budak ni..memang tak mahu dengar kata.Biasa lah kan,masih kecil lagi.

Al-kisahnya,begini.Sabtu yang lepas,Ina keluar membeli barangan dapur bersama mak ayah dan adik beradik yang lain.Mak Ina seperti kebiasaannya,akan singgah membeli barangan dapur di kedai India.Kedai ini ialah pemborong barangan dapur di tengah bandar Kuantan. Apabila sampai disini,mak akan membeli begitu banyak bawang merah untuk dikisar halus dan di jadikan stok sebulan.

Sesudah sampai ke rumah.Barangan tadi,di letakkan diatas meja dapur.Jadinya,banyak la sangat bawang-bawang tersebut.Bawang putih,bawang merah dan bawang holand.Dan,anak Ina yang sulung,Sara.Dia bermain dengan bawang tersebut,diikuti soffea dan furqan pun,turut ikut sekali.

Ina?? Geram sangat ni.Habis bersepah bawang di dapur.Dan,Ina takutkan anak-anak dengan bawang.Kisah bawang bercakap..yang kini menjadi tular di laman sosial media.Kan,nampak pada badan bawang tu,ada di lukiskan mata,hidung dan mulut ralik mengumpat.


Antara dialog Ina kepada sara ;;;

Mama: Sara, awak tak takut ker nanti bawang tu bercakap? Tak ingat ke video mama tunjuk semalam?

Sara : Mama,kakak taknak mama.Kakak takut...(sambil menangis). Dan dia arahkan adik-adik lain simpan bawang-bawang tersebut.

Sara : Soffea,simpanlah bawang tu. Kakak takut.Nanti bawang tu gigit kita..

Mama : Berdekah ketawa dalam hati...


Dan satu situasi lain....

Anak Ina yang bongsu,Furqan.Baru menginjak 1 tahun 6bulan.Dia suka tolak kerusi makan ke dapur untuk bermain air di sinki dapur.Semalam, Ina usik furqan..katanya... dik,Ada bawang kat dapur tu.Nanti...(belum habis lagi ayat Ina,dia dah berlari..)

Mencicit berlari kearah ruang tamu... kikikikiki.Kelakar sangat tau.Berlari sambil menangis. 

Jadi,sekarang..Ina sudah ada point untuk takutkan anak-anak ina jika mereka ni tak mahu dengar cakap.Daripada momokkan anak dengan cerita seram,baik macam ni kan? Sebelum ini, Ina takutkan anak-anak dengan badut.Ehhehehe,macam-macam kan Ina ni? Jadi,terima kasih lah yang buat viral mengenai bawang ini.Ehehehehe... Bila ina sebut bawang,automatik anak-anak akan takut.Mereka ni laju sikit ikut arahan ina.Ekekeke.. 

Nasib lah kamu anak-anak,mama ni sudah macam tarzan kat rumah.Asyik duk jerit sana sini.Sebab bila mama bercakap perlahan,memang tak dengar langsung mereka ni..

2 comments: