Tuesday, March 13, 2018

BURUK/CANTIK : Thinker Studios

Sebenarnya kan.. semasa menunggu kain siap kering di pusat dobi,kisah penuh  boleh baca di sini  Ina boring sebenarnya ni duduk menanti siap 1 bakul besar.Kenapa? Takde Tv disitu tau.Huhuhuhu..nasib baiklah ada data dari Umobile.Boleh la juga ON data.

Nak dijadikan cerita,tengah buka Youtube.Tiba-tiba Youtube rekomen kat ina ni ha.Buruk/Cantik dari Thinker Studio.Macam tahu-tahu jer ina ni tengah bosan erkk.Pada mulanya,Youtube Rekomen Viral budak Cendol.Iya,semua orang tau kisah viral tersebut.Dalam hati ina,apa benda lah ni Buruk/Cantik tu? Beauty and the beast ke apa ni erk? Takpelah,ina layankan aje.Walaupun topik ni macam lemau sikit.Tetapi Hos dia berjaya hidupkan suasana.


Buruk/cantik - Thinker studio

Untuk pengetahuan korang,Buruk/Cantik adalah rancangan talk-show,yang di acarakan 2 orang wanita yang bijak.Okay..bukan bodek ya. Ini betul,berdasarkan apa yang ina lihat.Mereka bijak dalam mengutarakan soalan-soalan panas kepada tetamu.Hahahaha.. Rancangan ini di kelolakan oleh Syafa dan Ariana.Setiap episod,akan di jemput tetamu undangan yang berlainan topik.


TALK-SHOW DARI THINKER STUDIO


Setiap tajuk yang berjaya di kupas dengan baik.Hilang kesemua tanda tanya.Talk show ini menceritakan isu-isu semasa keadaan dan yang sedang viral di sosial media.Seperti Viral budak Cendol,Instafamous,Perempuan kuat jealous,Lelaki tua matang? dan banyak lagi isu menarik.Ina sendiri pun masih belum habis lagi menonton channel ni tau.Channel Thinker Studio


INSTAFAMOUS


Berbalik kepada tadi,mengenai isu Instafamous.Semakin hari Instafamous semakin banyak.Bak cendawan tumbuh selepas hujan.Untuk pengetahuan korang,Instafamous ini adalah pengguna Instagram yang mempunyai ramai pengikut di laman sosial mereka.Ada yang instafamous berumur belasan tahun tetapi sudah ramai followers mereka sehingga ratusan ribu pengikutnya.Tahniah! Fikir positif sahaja,mungkin pengikut mereka adalah di kalangan umur sebaya atau pun kemungkinan mereka ini adalah Youtuber.Kan??


Ramai yang budak belasan tahun inginkan popular.Jadi,pelbagai gaya di lakukan untuk meraih perhatian netizen.Ermmm...,dan jika pengikutnya ramai di Instagram.Maka,adalah seller atau brand yang sudah mula intai-intai instafamous tersebut untuk memberikan mereka paid review.Seperti makanan dan produk skincare tersebut.Siapa tak seronok kan..,dapat produk percuma dan sedikit sebanyak dapat jadikan duit sampingan mereka.Tetapi,itulah,baik buruk instafamous yang ada sekarang.Tak semua instafamous begitu.Kita ambil contoh,Instafamous yang review makanan.


REVIEW PRODUK


Seeloknya,review la makanan dengan cara yang betul.Bukanlah makan dengan cara tak senonoh.Dengan menjijikkan..silap hari bulan..,bakal pelanggan lari.Brand yang rugi tau. Sebetulnya,review lah makanan dengan cara yang betul.Tapi kalau gunakan khidmat blogger apa salahnya? Heeehehe..,blogger lagi lengkap maklumat berkenaan setiap produk serta Call to action ada.Dan setiap iklan yang di tulis oleh blogger kbba9 melalui ruangan blog mereka kekal (takkan di padam).Dan mudah carian di google.


Secara keseluruhannya,team Thinker studio telah berjaya menghidupkan rancangan Talk show ini dengan berkesan.Ia satu-satunya rancangan yang penuh berinformasi.Rancangan yang santai.Kedua pengacara tak kekok dalam mengelolakan rancangan ini.


No comments:

Post a Comment