Monday, March 12, 2018

Pengalaman pertama menggunakan mesin dobi di Kuantan

Cerita semalam,kebiasaannya ina akan mencuci pakaian di rumah sahaja.Tetapi hari semalam,entah apa masalahya.Mesin basuh tak berfungsi,gagal untuk 'spin'  tetapi masih boleh On lagi..Bila di On,bunyi nya semacam..seperti bunyi orang melakukan kerja-kerja menebuk dinding pula.Seram lah nak teruskan...





Selesai siapkan 3 orang anak ina iaitu Sara,soffea dan Furqan.Ina bergegas ke Kedai dobi di hadapan jalan utama rumah ina.Iaitu terletak di Pelindung,Kuantan.Maksudnya taklah jauh sangat pun.Tapi memang kena naik kenderaan la.Mujur lah,masa itu, orang tak ramai.Hanya ada 2 orang jer lelaki dalam pusat dobi tersebut.Jadi tak lah takut sangat .


Tukar duit sebelum menggunakan mesin dobi


Nampak tak tempat token changer kat gambar atas itu? Tu lah..,sebelum nak gunakan mesin-mesin basuh disini.Di wajibkan tukar dahulu duit korang tu kat mesin ni.Untuk pengetahuan korang,sila siap-siap bawa duit kertas untuk menukar duit ke mesin Token Changer tersebut.Sebab,jika korang gunakan duit syiling..memang tak laku di situ yer..

Al-kisahnya,ina ni antara pertama kali pengalaman menggunakan servis dobi ini.Jadinya,ina langsung tak tahu menahu mengenai sistem disini.Bersungguh betul ina ni tau,siap bawa satu tabung duit syiling lagi tuu.kemain. Dalam hati...,laku dah duit simpanan syiling ni haa.Tup-tup...ermmm.

Bernasib baik betul,ina waktu ini.Ina ringankan mulut bertanya lelaki tersebut.Ada seorang lelaki sekitar umur pertengahan 30-an disitu sambil menggunakan mesin basuh yang lain.Hamba allah ini juga yang berikan duit sebanyak RM 6 kepada ina.Masa ini kan,ina langsung tak bawa duit lain.Hanya duit tabung itu jer.Hmmm,sedih sangat tau.Nak menangis waktu itu.Rasa macam nak lari balik ke rumah waktu itu juga.Nak ambil duit.Tetapi lelaki itu memberitahu kepada ina,takpa.Tak perlu bayarpun.Alhamdulillah.. Untuk hamba allah itu,semoga murah rezeki kamu kerana sudi menolong.


menanti kain-kain  siap dibasuh 



Dengan duit yang diberikan itu,dapatlah ina menggunakan untuk basuh baju sahaja.Proses pengeringan,ina hanya jemur di rumah sahaja.Berbaloi lah juga gunakan servis dobi di sini.Dengan persekitaran kedai dobi yang bersih dan cantik ini.Selesa untuk pengguna yang menunggu.Lagipun,di sini juga ada kerusi urut berbayar.Serta mainan untuk kanak-kanak..(yang kena masuk token tu).Dan paling penting,ciri keselamatan juga ada di pusat servis dobi ini yang mana ia diawasi CCTV  24jam.

Cadangan ina.., jika inginkan keselesaan pengguna,tuan kedai boleh tambah mesin air ,Vendor mesin maggie dan tak lupa juga Wifi..Untuk menghilangkan kebosanan pelanggan menunggu.

No comments:

Post a Comment