Thursday, March 1, 2018

Jadilah Penjual yang Bertanggungjawab

Zaman kini,setiap manusia memerlukan pendapatan bagi meneruskan kehidupan agar lebih terjamin.Terlalu banyak kehendak serta keperluan hidup perlu di penuhi.Maka,penjual ibarat tumbuh seperti cendawan selepas hujan.Alhamdulillah.. gembira bila melihat ramai yang sudah mula berniaga.Secara kecil-kecilan atau sebaliknya.






Perniagaan mempunyai banyak cabang.Antaranya ialah menjual makanan,menjadi agen jurujual produk dan menyediakan servis perkhidmatan.



MENJUAL MAKANAN


Di dalam bidang ini,banyak aspek yang perlu dijaga.Misalnya dari aspek kualiti rasa.Bukan mudah nak mengekalkan dari segi rasa.Hihhihi..Bukan nak kata,tetapi kebanyakan penjual.Pada awal pembukaan kedai makan,tahap kesedapan masakan memang bikin pengsan.Tetapi..,selepas sebulan..menu yang di masak telah berubah secara drastik.Masakan tawar,terlalu masin atau manis. 

Dan ada juga mereka yang di dalam bidang masakan,setakat melepaskan batuk di tangga.Mungkin mereka berfikir tak ingin perniagaan berkembang.Maka,si polan ni menjual kek yang bantat kepada si pembeli.Sadis kan?? Kek bantat.. ini pernah berlaku kepada diri ina sendiri.Sedih sangat..Terkena pula semasa belikan kek kepada mak.Adeiii.. Nak terkena kan.Nak buat macam mana? Dalam laman sosial media kemain upload gambar kek cantik.Hehhh..yang dapat.Bantat jer.. Luar permukaan di sapu dengan cheese.Memang tak nampak lah,sebab dah kena cover dengan cheese leleh. Tapi redha jer lah. Pengajaran bagi ina.Next time,memang kena buat sendiri.Biarpun merangkak nak buat kek..hihihi. 

MENJUAL BARANG BASAH


Ini pun,tak dinafikan.Menjual barangan basah dengan harga murah tetapi barangan yang tak fresh.Ada yang sanggup menjual barangan basah (ikan atau ayam) yang boleh diibaratkan seperti bangkai.Semasa membeli,ikan seperti fresh..dan bil adi goreng...nauzubillah minzalik.. Bau seperti ikan masin.Kesian kan? Mana lah letaknya tanggungjawab sebagai penjual. 

AGEN JURUJUAL


Yang ni serius..,bukanlah ina nak tutup periuk mereka-mereka yang menjual dalam bidang ini.Bukan! Cuma itulah.Terasa kecewa.Ina pun pernah juga menjual.Jadi agen XXXXX, setiap bulan ada target.Ada impian tiap bulan.Dan apa yang ina buat dahulu.Ina jaga setiap customer. 

Okay,berbalik kepada agen jurujual ni.Banyak kena timba ilmu.. kena cepat responding pabila menerima whatsapp dari bakal customer.Dan after sales pun kena ambil kisah akan pelanggan kita ni.Huhu.. Jangan jenis "Lantak kau lah,nak mampus ke ape.." Janji aku dah dapat sale. 

SERVIS PERKHIDMATAN


Yang ini,memang ina tekankan.Bukan apa..,selepas korang dah ambil duit customer.Tolong lah bertimbang rasa sedikit yer.Ini tidak,Krik...krik ajer.Bahaya betul korang.Kalau macam ni punya bisnes,memang orang takkan rekomen lah kat orang lain. Kuasa mouth to mouth lagi berkesan tau.Ina bukan jenis begini.. eheheeh.. bukan makcik bawang. Tapi geram juga kan,sebelum deal.Manis betul mulut.. bulan bintang janji. After sale.. (jika ada masalah..haroommm aka haram nak menjawab pertanyaan customer)

Sebelum membeli..customer whatsapp atau Private message kemain laju reply.Ini selepas pembelian takda balas pun.Tak 'Seen'..,Langsung tak ada.. kecewa sangat kan.Si polan pun..,gigih cari pak google untuk mengetahui apa masalah tersebut.


Berdasarkan pengalaman dari kacamata ina sendiri.Jika korang nak rezeki berkat dan berzat.Sila lah korang renungkan kembali.Apa yang baik dan tak baik dalam perniagaan.Lagi-lagi kita ni orang islam.Takkan semata-mata kerana wang ringgit sanggup berbuat demikian.Kifarah..ingat tu ya! Bukan karma.. Karma dalam kepercayaan hindu. 

2 comments:

  1. yes betul
    kena sentiasa bertanggungjawab
    untung tu mesti nak untung tetapi kena jujur :)

    ReplyDelete
  2. betul2, untuk dapat rezeki yang berkat kena laa jujur.

    ReplyDelete