Monday, March 5, 2018

Kelab Blogger Ben Ashaari : Bukan Sekadar Blogger

assalamualaikum dan selamat pagi isnin.Harap korang janganlah lemau selemaunya hari ini tau..Tapi kalau dah lemau tu,boleh jer cuba lakukan senaman sikit.Serta basahi lidah dengan sedikit zikrullah..iaitu memuji nama nama allah s.w.t.Insyallah..kejap lagi,mesti korang akan bersemangat kembali untuk lakukan kerja-kerja.

Berbalik kepada tajuk entri kita harini.Korang pernah dengar tak Kelab Blogger Ben Ashaari? atau pernah ternampak penggunaan hashtag #kbba9 #kelabbloggerbenashaari  di laman sosial media iaitu di Facebook, Instagram mahupun Twitter? 



Kelab Blogger Ben Ashaari (Kbba9)


Ialah satu komuniti blogger yang telah di asaskan oleh Ben Ashaari pada tahun 2009 .

Sehingga kini, terdapat lebih dari 100 orang blogger yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan ‘niche’ blog bernaung didalam komuniti blogger ini.

Setiap ahli KBBA9 mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing di media sosial dan blog secara amnya, namun disebabkan disiplin dalam gerak kerja berjemaah yang diamalkan oleh KBBA9 sejak awal-awal lagi, ternyata keputusan yang dibuat lebih memberi impak yang besar. Ini dibuktikan dengan KBBA9 yang sering menjadi pilihan pemilik perniagaan tidak kira produk mahupun servis untuk bekerjasama bagi membantu mereka meningkatkan ‘brand awareness’ dikalangan orang ramai.

Jenama-jenama yang pernah bekerjasama dengan KBBA9 termasuklah Cosmoderm, AirAsia, Tourism Malaysia dan bermacam-macam lagi.




Kelab Blogger Ben Ashaari


Dari tahun 2013 mula Blog


Ina antara salah seorang dari komuniti tersebut.Alhamdulillah.. lama sangat duk intai Kelab Blogger Ben Ashaari ni.Tetapi dahulu ina memang tidak tahu menahu sangat mengenai komuniti ini.Yang ina selalu pin post artikel di group facebook : Kelab Blogger Ben Ashaari  .Dengan mempunyai ahli seramai 27 ribu didalam kumpulan tersebut.Masa ni kan,ina On off berblog..disebabkan ina aktif jadi ahli MLM..hahaha. Sekadar buat entri tentang produk dan juga artikel syok sendiri jer. 



Aktif kembali


Tahun 2017, barulah ina ni terbuka minda.Terfikir juga nak lebih serius untuk menulis blog.Asalnya,ina aktif di blog www.ehbelogaku.com, itu pun seminggu sekali jer update blog.Ina suka menulis.Suka meluahkan pendapat di ruangan blog.Semuanya berkisarkan pengalaman dan tips untuk pembaca sahaja.



Diterima menjadi Ahli Kbba9 yang sah


Alhamdulillah.. bulan Disember 2017, barulah ina di serap masuk ke Komuniti tersebut.Syukur sangat dah.Memang tak sangka sangat tau,founder menerima ina sebagai ahli baru.Proses kemasukan,memang agak mencabar.Tetapi...sangat seronok.Macam dalam rancangan 'Who Wants to be A Milionaire' iaitu rancangan yang dikelolakan Oleh Dato Jalaludin Hassan. Ehehehe.. Ina memang sukakan cabaran.


Eh..,orang kata keturunan Bugis pantang di cabar,,jangan memain.Hihihhi.. 



Bukan POPULARITI di cari


Untuk pengetahuan korang.Ina memasuki komuniti ini.Bukanlah mengejar populariti semata.Yang ina inginkan satu team yang boleh memberi manfaat.Yang tak kedekut ilmu untuk berkongsi.YESS! ini lah dia.Allah temukan ina dengan mereka-mereka yang hebat.Sangat hebat.Semuanya blogger hebat dan tidak menyombong..Itu yang penting. 


Sebab sebelum-sebelum ini, ada jumpa blogger yang sombong.Iya..ina tau,memang ina zero dalam berblogging..,tetapi jangan lah kamu menyombong.Ilmu itu hanya sekadar pinjaman.Bagaimana jika suatu hari,Allah tarik sedikit nikmat kamu itu.Masa itu, tak berguna dah nak menyesal tau. 

Berpegang kepada Tag line


Kami di ajar supaya tidak lokek ilmu.Jangan kedekut untuk berkongsi ilmu.Sebaliknya..share..share..share. Ilmu takkan habis.Sebaliknya semakin berkembang dan diikuti rezeki allah semakin luas akan di turunkan kepada mereka yang berkongsi.


Dan satu lagi ina berpegang.. ina menulis kerana minat.Penulisan digital memang mengena sangat dengan jiwa ina.Job? Itu semua belakang kira.Setiap hari satu entri pun boleh.Ina tak kisah sangat.Sekurangnya,masa ina terisi dengan benda berfaedah serta perkongsian ina ini mendapat manfaat kepada pembaca blog.


Untuk info lanjut boleh lah lawati laman web : Kbba9.com

Hasil kerja komuniti boleh di lihat dengan penggunaan hashtag #kbba9 dan #Kelabbloggerbenashaari 

1 comment: