Monday, March 12, 2018

KL SPECIAL FORCE

Sebuah filem aksi yang diarahkan oleh pengarah muda iaitu syafiq Yusuf.Mengisahkan seorang anggota polis ( Lan seorang Unit Tindakan Khas)  yang di beri tugasan dalam menyelesaikan  satu kes rompakan yang terbesar di ibu negara. Kebanyakan kes rompakan telah berjaya dilakukan oleh geng Anarkis.




KL SPECIAL FORCE

Setelah kehadiran anggota baru dalam pasukan,Lan seperti tidak selesa apabila tindak tanduk nya di ekori oleh anggota polis baru (Zul) lakonan Fattah Amin.Ketua polis yang dilakonkan oleh Shahrudin Tambi (Azmi) telah mengesyaki Lan bersubahat serta dalang bagi setiap kes rompakan yang dilakukan oleh geng Anarki yang di ketuai  Syamsul Yusuf yang memegang watak sebagai Ashraff.

Lan seorang anggota polis yang panas baran.Seorang anggota yang serius akan kerjaya.Tetapi sebaliknya,dia gagal dalam melaksanakan tugasan sebagai seorang ayah.Banyak masa dihabiskan dengan kerja.Seorang yang garang dengan isteri..

Suatu hari, Lan menampar isterinya (diana) lakonan Sabrina Ali.Diana tidak berpuas hati dengan suaminya,setiap hari..Lan sentiasa sibuk dengan kes rompakan..risikan sebagai polis.Diana meminta suaminya menghantarkan anak tunggal nya ke sekolah.Dan berlaku sedikit pertengkaran kecil.

Geng Anarki ingin melakukan rompakan terbesar.Dan Ashraff,telah menghubungi Lan dan memberitahu lokasi tersebut.Zul pula,telah mengintip Lan dan mendengar perbualan mereka berdua,melalui perbualan telefon (yang telah dipasang alat perakam).Maka,berlakulah perbalahan antara mereka dan geng Anarki semakin ligat dalam kes rompakan.

INFO MENGENAI KL SPECIAL FORCE

(sumber : wikipedia)

Promosi  


Sebelum tayangan perdana rasmi, treler rasmi filem KL Special Force telah dimuat naik di akaun YouTube Syafiq Yusof pada 29 Januari 2018 dan telah mencatat melibihi 313 ribu tontonan. Sementara Di Belakang Tabir filem ini telah disiarkan di semua stesen televisyen di seluruh negara termasuk TV3Astro Ria dan Astro Citra.
Tayangan

Tayangan Perdana KL Special Force telah berlangsung pada 5 Mac 2018 di eCurve Damansara, manakala tanyangan umum di pawagam seluruh negara bermula 7 Mac 2018. Sebanyak 139 pawagam menayangkan filem ini, termasuklah 9 di Singapura, dan 2 di Brunei. Ia sepatutnya dijaduakan untuk tayangan pada akhir 2017, namun ia ditunda kepada Mac 2018.Filem ini juga dijadual akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.
Kutipan

Pada tayangan lewat malam dan hari pertama tayangan, KL Special Force berjaya mengutip kira-kira RM900,000



Keseluruhan jalan cerita KL SPECIAL FORCE,amat luarbiasa dari filem-filem aksi yang ada di Malaysia kini.Banyak adegan tembak menembak dan scene aksi yang sendiri di lakonkan oleh Fattah Amin.Pemilihan watak sangat tepat,setiap watak berjaya di hidupkan oleh pelakon dengan sebaiknya.Boleh dikategorikan Filem KL SPECIAL FORCE setaraf filem antarabangsa.Bukan setakat jalan ceritanya sahaja,poster filem pun turut kelihatan seperti filem luar.5 bintang untuk filem aksi yang di arahkan oleh pengarah muda.Syafik Yusuf.Tahniah di ucapkan kepada beliau! 


Tips bawa anak ke panggung Wayang

1 comment:

  1. dari digelar pelakon kaya, kini fatah dah berjaya membawa wataknya dengan baik. dgr khabar..sehari dapat RM1 juta...tahniah.

    ReplyDelete