Thursday, March 29, 2018

Ada lagi ker yang percaya Ketuban Darah semasa mengandung?

Mengarut..! Ada ker mandi malam,boleh menyebabkan terjadinya ketuban darah.Ini bagi ibu yang mengandung sahaja yerr.Korang rasa? 








Sepanjang mengandungkan anak nombor 3 ini.Ya allah,dugaan kat sini pula.Walaupun Ina tiada alahan mengandung sepanjang 9bulan mengandung.Lain pula nasib ina kali ini.Badan terasa panas sahaja.

Boleh di katakan,sepanjang dalam tempoh kehamilan tersebut,Ina memang banyak mandi lewat.Tetapi tidaklah mandi sampai di tengah malam.Cumanya,Ina mandi di waktu maghrib dan pernah juga mandi sekitar jam 9 malam.Baru hilang panas tetapi sekejap sahaja.Hihihiih..



PESAN MAK SILA DENGAR


Dari awal kehamilan lagi (dari mengandung anak sulung sehingga nombor 3),memang mak Ina akan ingatkan.Jangan mandi malam.Jangan! sesekali.Kata mak ina lagi,boleh mengakibatkan bersalin ketuban darah.Hummm.. 



LANGGAR PANTANG SEMASA MENGANDUNG

Iya,Ina memang jenis degil orangnya.Sebenarnya,dari mengandungkan zuriat ke-2 lagi,ina sudah mandi malam.Tetapi,itu trimester kehamilan ke-3..sudah hampir bersalin.Memang tak tahan panas.Sejak memasuki hujung trimester,badan memang nak mintak mandi malam jer.Hihihihi..,mujur lah kan.Allah belum izinkan Ina lagi untuk ketuban darah ni.



MAKSUD KETUBAN DARAH

Kehamilan kali ke -3 barulah Ina ni mempunyai pengalaman dengan ketuban darah.Ketuban darah tu,adalah apabila sudah tiba masanya ingin bersalin akan keluar darah.Dia seperti ketuban air.Cuma,yang bezanya..ketuban ini darah.


KESAKITAN KETUBAN DARAH

Rasanya,ketuban darah lah yang paling sakit.Memang sangat-sangat sakit ni.Pada pagi 15 October,bangun pagi sudah terasa sakit.Seperti ingin senggugut haid.Sakit sangat ya allah,Ina nak berdiri tegak pun tidak boleh.Hanya mampu membongkokkan badan sahaja.Dan baring pun dapat juga melegakan kesakitan yang di alami.

Seolah terasa ingin membuang air besar pun,iya juga.Sakit perut macam nak sembelit,hahah.Jika tidak silap Ina,4 kali masuk ke tandas.Masa ini,ina memang nak mandi pagi.Baru jer memasuki tandas,terus sakitnya datang.Semasa ini 20minit sekali datang kesakitan.Ina keluar semula tandas dan berbaring.Pabila sakit tersebut hilang,Ina gagahkan diri memasuki lagi tandas buat kali ke-2.Kali ini,berjaya menahan kesakitan.Dan berjaya nak bersiap-siap untuk mandi.

Kali ke-3 sakit menyerang (orang panggil braxton hicks) yang ni,betul-betul sakit.Dengan airmata sekali berlinangan.Hanya airmata yang mampu menggambarkan kesakitan yang dialami sekarang.Kali ke-4 sakit tak tahan sangat-sangat.Terasa seperti ingin meneran.



SEGERA KE HOSPITAL

Ajak suami terus ke hospital kali ini.Di dalam perjalanan,kesakitan semakin kuat di rasakan.Sehinggakan,di dalam kereta lagi Ina sudah menendang dashboard.Sambil-sambil sempat lagi dalam hati beristighfar,mengingati allah.Juga menepuk manja perut,agar baby dalam kandungan ni sabar.Jangan keluar lagi,biarlah sampai di hospital kelak.



DARAH SUDAH MULAI TURUN IAITU KETUBAN DARAH

Sesudah sampai di hospital,darah sudah mulai turun.Terdapat tompokan darah di panties.Masa ini,sudah semakin sakit dirasai Ina.Pinggang seolah ingin terputus dua.Pada bahagian perut atas,dirasakan seolah ada kosong.Lagi Ina takut..,dan apabila doktor melakukan VE (bagi memeriksa laluan bawah),terdapat sedikit bukaan iaitu 3cm.Dan doktor memberitahu Ina,akan bersalin harini juga.Wahhh,lagi lah semakin berdebar Ina ni.Jam 6.30 petang ina selamat melahirkan bayi sulung lelaki.Alhamdulillah,syukur.Hanya setengah jam sahaja di dewan bersalin.


Selepas kejadian diatas,akan ina ingat sampai bila-bila dan akan berkongsi pengalaman ini bersama korang semua.Tetapi bagi yang tidak mempercayai akan  pantang larang ini.Boleh jer..,hihii.Okaylah,jika ianya bermanfaat,rajin-rajinkan jari jemari korang untuk berkongsi kisah ina di laman sosial media korang tu.Di dahului dengan ucapan terimakasih.





No comments:

Post a Comment