Thursday, March 22, 2018

Ohhh,baru faham,kenapa TAC Maybank tak sampai ke nombor telefon

Sebelum ini kan,Setiap kali Ina ingin membeli secara online.Tak kisah barang apa pun yang menggunakan transaksi secara atas talian.Semuanya menghampakan.Kenapa? Frust sangat tau.Ini adalah kena mengena dengan transaksi secara online.Harap korang faham yer..


TAC 





MAYBANK2U

Ina ialah seorang pengguna Maybank2u.Sebelum ini,lakukan transaksi secara atas talian,okay sahaja tanpa ada masalah.Tetapi pada suatu hari itu,Urgent ingin melakukan pemindahan wang atas talian menggunakan maybank2u.Ina sudah request TAC (password yang kita kena masukkan ke dalam website maybank2u nanti),tungu punya tunggu.Tiada TAC dihantar ke nombor telefon Ina.Akhirnya,Ina mengambil langkah untuk menghubungi staff maybank.Apabila di periksa,tiada masalah bagi akaun Ina.Baki akaun mencukupi bagi proses pemindahan wang.


TELCO 


Rupa-rupanya..baru lah Ina perasan.TAC tidak sampai ke talian telefon ialah di sebabkan bil telefon ina masih belum bayar lagi.Ohhh,,kejam sangat kan? Kebetulan pada bulan tersebut,duit banyak lari ke arah lain.eehehehehe..Biasa lah kan? lumrah kehidupan.Lewat bayaran dalam seminggu sahaja.


URUSAN TRANSAKSI PEMBELIAN SECARA ONLINE DISEKAT 


Tetapi apa yang tak best,Ina sudah tak boleh lagi lakukan pembelian secara atas talian.Sedih tau.Ina sebagai seorang suri rumah, kebanyakan barangan penjagaan diri banyak di beli secara atas talian.Termasuklah,urusan bayaran bil telefon Ina sendiri.Rasa macam haiihhh..,gelap sekejap dunia.Itu baru terputus sedikit.Belum lagi sedunia tiada sambungan internet kan? heee.

Detected! Iya,Ina sudah tahu apa puncanya.Rupanya,jika bil telefon tidak di bayar secepat mungkin.Pihak syarikat telco berkenaan akan sekat buat sementara segala aktiviti penggunaan keluar panggilan.Umum sudah mengetahui kan? Tetapi untuk pengetahuan korang.Urusan TAC juga tidak akan sampai ke nombor telefon bimbit korang,jika korang ingin membuat transaksi.

Korang tunggu lah sampai esok pun,memang tak akan sampai ke nombor telefon.Sedih tau.. Nasib baik lah,mesej dari orang luar masih boleh masuk (sampai) ke nombor Ina.Fiuhhh! 


BERTUKAR KEPADA PREPAID


Tidak teragak lagi,Ina terus menukarkan plan postpaid kepada prepaid.Tetapi sebelum itu,Ina langsaikan semua bil yang tertunggak itu.Dan sekarang,lagi jimat.Jika kredit sudah tamat tempoh,baru Ina sendiri topup.Dan jika lambat beberapa hari topup pun,urusan TAC tersebut,tetap masih bole teruskan melakukan pemindahan wang bagi urusan membeli belah secara atas talian.


Alhamdulillah,kini telah selesai masalah TAC Ina itu.Bagi korang yang ingin melakukan pembelian secara atas talian tetapi gagal mendapatkan nombor TAC,terlebih dahulu hubungi dahulu pihak bank korang dan seterusnya periksa bil telefon korang.Mana lah tau,kena sekat jugak ker...hihh.Sama kes macam ina kan? Lambat bayar bil..

4 comments: