Thursday, March 15, 2018

Pemilihan warna Shawl yang tepat mampu merubah rupa paras wanita

Menjadi seorang ibu,bukan mudah nak melawa.Lagi-lagi yang punyai  anak yang kecil.Ya ampun,Ya allah.Nak melawa pun boleh,tetapi tak lama jangka hayat tu.Hihihihihi..Apa yang ina cakapkan ini ya? Haaahhh. Melawa dari segi apa tu yer? Definisi melawa ada banyak maksud yer.Tapi kali ini ina nak bercakap mengenai melawa dengan fesyen tudung.






Gambar atas itu,tak tahu la fesyen apa.On the way nak keluar menonton wayang bersama anak-anak dan suami masa ni.Entah macam mana la kan, boleh pulak terjadi tudung berfesyen.Seperti kebiasaannya,setiap kali nak keluar.Memang ina akan selfie dahulu untuk di sent ke group whatsapp 'my family' (ahli terdiri daripada adik beradik dan mak ina). Haaaaa,mak ina pun sudah ada whasatapp tau.. ehhehehe. 

Tegur adik ina yang berusia 24 tahun tu,Anis.Katanya..'Eh kaklang,awak belajar kat dalam youtube ke tu'? Cantik pula.. Dalam hati ina,kembang kempis dahh lah.Walhal ini fesyen last minit bersiap.Belit-belit jadi la rupa ini.Nasiblah tak terbelit leher ni.Masih selesa lagi.. sedikit longgar di bahagian leher.



shawl belit

Si kecil tu kat sebelah,Furqan memang menunggu masa jer nak tarik tudung mama.Sentiasa bersedia nak rosakkan tudung mama.Memang tak bagi peluang langsung kat mama ni.Heeee..



SATU KEPUASAN


 Bagi pendapat ina,melawa bukanlah apa.Cukup sekadar dapat puaskan keinginan.Bila rasa kita dah cantik..(biarpun syok sendiri..ehehe) tetapi lain rasa tau.Confident level tu jadi tinggi.Mudah nak berinteraksi dengan orang sekeliling (walhal ina ni housewife jer.. duduk depan komputer sambil taip entri blog setiap hari).



WARNA MEMAINKAN PERANAN



Ina sendiri suka warna yang menyerlah.Walaupun kulit ina ala mamak sedikit..(sebelah ayah ada keturunan patani,new delhi,kelantan dan sebelah mak pula keturunan moyang bugis/cina).Yang ni sila jangan percaya.. hihihi. 

Setengah wanita,takut untuk memakai warna yang terang.Tetapi bagi ina.Sangat okay.Nampak diri itu makin menyerlah.Mampu menaikkan aura diri.Secara tak langsung,confident level tinggi.Dan diri sendiri akan kelihatan  cantik.Ehhh,perasan lagi ina ni.. 



KOLEKSI TUDUNG


Jika korang perasan,ina selalu gunakan tudung bewarna biru kan.Ina suka gunakan shawl.Shawl ina ada 3 koleksi.Dari koleksi Hajra,dan 2 lagi jenis yang murah.Ina gunakan yang Rm15 jer.Tapi kain yang jenis sejuk.Selesa di pakai yang penting.Sesuai digayakan dalam pelbagai bentuk dan yang utama,ina akan memilih jenis bidang besar dan labuh.

Dan koleksi warna shawl lain ada orange,peach dan purple+pink.Selebihnya warna agak pucat.Yang itu,ina gunakan harian sahaja.Warna striking adalah shawl yang digunakan ina untuk ootd sahaja.Dan setiap koleksi warna striking,ina suka beli untuk beberapa helai.


PEMILIHAN HARGA 


Ina jenis sederhana.Bagi ina,biarlah shawl tersebut murah sekalipun.Janji ia masih menutup aurat serta mampu dimiliki dan cantik.Iyalah,nama dah housewife.Blogger pula biasa-biasa.Kena pandai ukur baju di badan sendiri lah. 



GAYA TUDUNG



Korang boleh ikuti cara menggayakan tudung di youtube.Ada pelbagai gaya yang sesuai digayakan.Pastikan korang rajin practise depan cermin.Jika tak, jadi macaam pocong nanti berbelit.Leher pun sakit,terbelit.Apapun,korang pilih lah gaya mengikut keselesaan sendiri dan jenis tudung.


carrier

Gambar di atas,menunjukkan Ina tengah mendukung Furqan.Duduk di dalam carrier.Maknanya,memang tak lama lah shawl tu.Sekejap jer yang lawa.Selebihnya nanti, jadi muka jepp lahh.Hurmm..ini lah,nasib mak mak. 







No comments:

Post a Comment