Tuesday, March 20, 2018

Pengalaman bekerja di Kedai Tayar Kereta

Lama dah nak bercerita berkenaan tayar kereta.Sewaktu ina bujang dahulu.Ina pernah bekerja di kedai tayar di Kuantan.Sekitar tahun 2007 seingat ina.Bekerja di sana sebagai kerani.Fuhhhh, dengan panas bengkel nya waktu itu.








RAKAN KERJA NON MUSLIM


Apabila sudah memilih bekerja di sini.Sudah semestinya,pekerja di sini adalah golongan lelaki.Pada mulanya,amat takut lah.Mana tidaknya.Bos pun lelaki, dikelilingi pekerja lelaki.Dan pelanggan pun terdiri di kalangan lelaki.Huhhh..mencabar betul.Tetapi Ina bersyukur sangat.Di kurniakan rakan sekerja non muslim yang menghormati Ina sebagai wanita.Jadi tak lah berasa takut dan malu sangat.Mereka semua adalah jenis yang mudah mesra.



BOS YANG MEMAHAMI


Walaupun berbeza agama.Mereka tetap menghormati Ina.Seperti bos Ina,walaupun dia seorang yang panas baran dan gila-gila (Chineese).Dia menghormati pabila waktu rehat Ina.Tak ganggu waktu rehat langsung.Dan bila dia membawa bekal..iya,kadang itu,ada lah juga makan pork,bukan Ina.Tetapi boss..Tetapi awal-awal dia siap pesan,suruh ina pergi jalan-jalan dulu sekitar bangunan ofis.



ACCOUNTANT


Pada mulanya,Ina memang tak tahu langsung berkenaan akaun.Matematik pun berapa jer dapat,tapi tak dalah gagal matematik itu.Bila Ina memasuki alam pekerjaan disini,baru lah sedikit demi sedikit Ina tau buat akaun.Alhamdulillah..

Akauntan di sini pun,tak sombong.Baik sangat,jika tak silap Ina namaya Mrs Liew..Ina ni jenis lambat pickup la jugak.Akauntan ni ajarkan Ina sehingga faham betul-betul untung rugi.



BELAJAR BUAT AKAUN


Alhamdulillah,di sini juga.Ina dapat kenal bagaimana nak buat untung rugi syarikat.Maksudnya,boleh kira lah.Masa zaman ini,guna manual aja.Tahun 2007,masih gunakan buku ledger besar tu.Haaaaa,berpinar mata.

Pada mulanya Ina buat tu,semua nombor tak sama dengan kos dan harga belian.Hahahaha..bila diingatkan kembali.Memang kelakar tau.Tetapi akaun okay jer.sabar betul dia ajar Ina sampai betul-betul cerdik.Erkkk? cerdik kerr? Tapi boleh lah,dari Ina zero dalam bab akauntan.Boleh buat la juga.




SERONOK DALAM BIDANG KERETA




Satu bidang yang lasak.Selain tugasan kerja-kerja di pejabat.Ina sangat berminat dengan kerja bengkel.Seronok tengok mekanik lakukan tugasan mereka.Selain kerja Ina buka bil resit.Adalah juga,Ina bantu mekanik.Tak buat lah yang teruk.Pernah la juga,mekanik minta tolong Ina tekan brek kereta..jika tak silap Ina, mereka nak setting balancing kekuda.Ntahlah..apa erk nama lain dia ni. Masa ni,Ina takda lagi lesen kereta.Hihihihi.. ada juga mekanik dan bos minta ina pergi ambil lesen kereta.Tetapi Ina tak fikir langsung.Maklumlah,ayah yang hantar pergi balik kerja.




JENIS-JENIS TAYAR




Hari pertama dah mula belajar mengenal jenis tayar kereta.Ketua mekanik,Ina memang dah lupa nama dia.Sorry yer..hihihi.Dia lah bawa ina ke tempat susunan stok tayar.Bukan di Stor.Tapi di ruangan bersebelahan sport rim kereta.Masa ni kan..,dalam hati dah berkata.Issshhh,serabut betul la..banyak pula tu jenis tayar.Tayar kecil ada dan sehingga tayar lori.Gila nak mengingat.. 


Tayar saiz 175 70 13 , 165 55 14, 185 70 14, 195 55 15 itu belum lagi masuk tayar lori.Huhuhuhuhuhu..lagi haru weiii. Tetapi tayar lori tipper,kebiasaannya..tayar retread aje dorang guna. 


Baru Ina tau.. tayar ada banyak jenis supplier.Ada Falken,Continental,Bridgestone,Micheline,Goodyear,Dunlop,GT,Silverstone,Hankook dan Yokohama.Ini bagi tayar kereta,dan jika tayar 4x4 ia menggunakan tayar besar.Bunga dan jenis tayar pun dah lain.Tetapi dari segi harga,amatlah mahal sesuai dengan saiz tayar.



SPORT RIM KERETA


Boleh di katakan setiap minggu.Stock baru banyak yang masuk di bengkel.Pelbagai bentuk dan warna yang menjadi pilihan.Ina tengok pun macam dah terpikat. Sport rim dari saiz kereta kancil 13 Inci sehingga lah saiz 17 bagi kereta wish,Naza Ria dan tak lupa juga.4x4 pun,turut mempunyai pilihan.



BATERRY KERETA



Pun kena ambil tau..huhuhuh.Kereta kancil mana guna,kereta wira,Saga,Toyota unser,toyota wish.Dan bateri kereta ada 2 jeni.Samada dari jenis sel basah atau sel kering.Ada banyak perbezaan dari segi harga dan juga ketahanan bateri tersebut. 



KIRA STOCK KELUAR MASUK SETIAP MINGGU BARU


Paling ina benci.Hahahahaha..seriously.Kerap sangat stok Ina hilang.Setiap hari jika ada jualan,jika Ina tak tanda siap-siap dalam buku stok.Memang lah hilang.Mekanik kat sini pun,saja nak penaya Ina juga.Mereka nak tengok tahap kesabaran Ina jenis macam mana.Bila mereka tengok Ina dah macam nak menangis,baru mereka bagitahu.Contohlah,jika ada tayar dan sport rim di jual.Jika stok Ina ada 2biji sahaja tayar..2 biji lagi ambil di mana kan? Jadinya,negatif la stok Ina kan? Rupanya,mereka p ambil stok di kedai lain.Kadang itu juga,stok baru sampai dari cawangan satu lagi.Cuma resit belum di keluarkan lagi.Haru betul lahhh..



Setakat ini sahaja Ina kongsikan pengalaman semasa bekerja di kedai Tayar kereta.Terima kasih juga boss Chineese yang bernama along (nama panggilan) dan ah Heng.Memang tak lupa semuanya.. akauntan juga.Dan staff lain.

2 comments:

  1. salam sis ina..

    wahh bagusnya.ada pglmana kerja dalam bidang ni.bukan senang ni.dan bnyk juga pengetahuan yg kita boleh dapat lebih2 lagi pasal kereta, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..betul tu.Yakin skit bila ada pengalaman.Siap suami pula bertanya kepada ina.Hehehee

      Delete