Wednesday, March 28, 2018

Peniaga kedai runcit tidak amanah dalam jual beli

Kecewa dan kesal dengan sikap penjual kedai runcit

Okay,sebelum ini.Kes VIRAL oleh netizen mengenai ketidakpuasan hati mereka dengan pelbagai isu harga makanan mahal dan sebagainya.Tetapi kali ini,Ina sendiri yang ingin ingin berkongsi pengalaman mengenai sikap penjual kedai runcit.



KEDAI RUNCIT DI SEBUAH KAMPUNG



Kedai runcit pilihan suami.Kiranya,boleh dikatakan setiap hari.Memang akan singgah disini selepas menghantar anak sulung ke sekolah pagi.Antara kedai yang buka awal pagi,kedai XX.Ikan dan hasil laut,kebiasaannya segar bugar.








Nampak tak gambar ikan di atas itu? Selesai menyiang ikan ini.Barulah ina perasan,bahawa ikan ini mempunyai kesan gigitan di atas badan ikan tersebut.Ina tidak pasti,sama ada ia kesan gigitan kucing atau tikus.Tetapi kalau korang di tempat Ina,korang akan makan ke tidak ikan ini yerr? Tentu TIDAK bukan? Takkan nak merisikokan diri.

Kalau Ina tak tahu,tentu Ina sudah masak ikan ini dan makan.Cuba la fikir,macam mana,jika bekas gigitan tersebut tikus yang gigit.Tak ke mati kami satu keluarga.Hadoiiii... 

 Ikan ini di beli oleh suami di sebuah kedai runcit XX.Setiap pagi,memang suami Ina yang belikan lauk untuk makan tengahari.Jika tidak berkesempatan.Barulah Ina pergi sendiri ke pasar.




ADUAN DI KEDAI RUNCIT



Pernah Ina tanyakan suami,samada betul atau tidak ikan ini di beli di kedai runcit XX.Tetapi suami berdiam diri.Taknak kecoh-kecoh agaknya.Jika diikutkan ini sudah berapa kali sudah terkena dengan kedai runcit itu.Nampaknya,semakin menjadi jadi.Ini bukan kali pertama tau menerima nasib sebegini.



KALI PERTAMA MENGHADAPI KES BEGINI



Untuk pengetahuan korang semua.Bukan setakat ini sahaja.Ini kali yang ke banyak kali dah ni.Kali pertama,Ina kirim  pad untuk suami beli.Apabila tiba masanya ingin menggunakan,alangkah terkejutnya.Pad jenama Librease jika tak silap ina..beli yang Maxi untuk tidur malam.Pad mempunyai 10 keping dan mempunyai FREE tetapi beberapa keping telah diambil oleh tauke kedai.Huhhh! korang rasa?



MENJUAL BARANGAN YANG SUDAH DIBUKA KEPADA ORANG AWAM


Dan,bungkusan telah terbuka,serta kuantiti pad tidak mencukupi.Ina pun,apa lagi.Terus membebel kepada suami,kenapa nak beli juga jika dah terbuka.Dan apa yang ina geram sangat.Tauke tersebut memang tidak amanah langsung dalam aktiviti jual beli.Suami? Biasa,lelaki kan.Taknak kecoh-kecoh dan bergaduh.Ina bukan apa,cuma nakkan hak ina sebagai pengguna.




MENJUAL TEPUNG GANDUM YANG SUDAH DIGIGIT LIPAS ATAU TIKUS






Gambar tepung gandum cap sauh di atas itu,korang ada perasan tak ada bertampal dengan salotape bewarna putih.Perasan tak? Mudah betul kan Tauke kedai itu cover bekas berlubang.Main tampal sahaja.Taknak rugi agaknya.






Ina Zoom untuk korang.Salotape putih tu kan... cover macam tu jer.Tepung pun nampak dah lama.Entah-entah jual juga yang expired.Mana lah tau kan? takut rugi.. tapi,huznudzon ajer lah. 





Okay,Zoom lagi.Bila Ina tarik salotape putih tersebut.Alangkah terkejutnya,ada bekas gigitan.Berkemungkinan lipas atau tikus.Tapi takkan tikus kot.Risau juga jika betul tikus.Ini barang makan kot.Dari barangan kedai ikan,sayur,sehinggalah barangan runcit macam ini pun ada gigitan.Korang fikir ape makhluk ni? Hmmmm..



MELAYU TAK SOKONG MELAYU BERNIAGA?


Bila tiada pelanggan,dikata melayu tak sokong melayu berniaga.Tetapi dah macam ni rupa berniaga.Ada ke lagi nak sokong kedai runcit ni? Dengan keadaan kedai yang agak kotor.Susun atur kedai yang nampak semak.Tak dinafikan jika ada tikus sekalipun di dalam kedai ini.Bahaya tu jika air kencing tikus.Emmm.... Okaylah.Ina bukanlah nak membawang sangat.Tetapi perangai macam ini,tauke kedai nak pedajal pembeli.Dimana hak pembeli?? 

Okaylah,Ina nak p buat aduan.Semakin lama,semakin menjadi jadi kedai runcit ini,menjual barangan yang rosak akibat tikus,kuicng ke ape entah lagi.Beringatlah,atas dunia memang lepas.Di akhirat kelak.setiap zarah akan dihisab.Doa insan yang teraniaya memang cepat makbul..

7 comments:

  1. sepatutnya diorg asingkan la kan... atau tak nampak tak tahu la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak nampak,memang disengajakan,banyak kali dah ina terkena. Ini nak report jer terus.

      Delete
  2. Macam2 ragam peniaga ni ya..huhuhu bertabahlaa ina..

    ReplyDelete
  3. macam nak untung jer pun tu menipu dalam meniaga

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah teruk tu..kenapa la diaorg ni berniaga tapi tak jujur dan x perihatin akan kesihatan pembeli...walau bukan tikus pun..lipas pun kotor tuu

    ReplyDelete