Thursday, March 8, 2018

Pesanan dari ALLAH S.W.T melalui mimpi

Syukur kepada ilahi.. pagi ini.Di berikan lagi peluang untuk terus bersujud kepada allah s.wt..Alhamdulillah...,dengan cuaca yang sejuk pagi ini.Di sulami dengan hujan yang lebat selepas subuh pagi tadi.Ina nak tanya korang semua.Bila kali terakhir korang membaca al quran? Adakah bulan ramadhan tahun lepas? Errmmm..





IMBAS KEMBALI ZAMAN KECIL MENGAJI AL-QURAN


Teringat sewaktu kecil dahulu.Era zaman 90-an.Mak ina akan memaksa pergi mengaji atau membaca al-quran.Jika hari persekolahan,waktu mengaji ialah selepas waktu sesi persekolahan iaitu jam 7malam kami adik beradik akan dipaksa pergi mengaji.Ehehehehe..Bunyi agak teruk kan? Tetapi amat bagus didikan dari seorang ibu yang tegas dan garang.

Kami adik beradik akan pergi mengaji al-quran  di rumah sepupu ayah yang berada di Kg masjid,Beserah iaitu di Kuantan.Terimbau kembali kenangan ini.Pada mulanya, kami pergi hanya 3 beradik sahaja.Dan bila semakin lama..jiran-jiran lain pun akan terikut sekali,alhamdulillah kan.Sebab ajakan dari jiran-jiran...pengaruh yang baik,apa salahnya ikut.15 minit untuk sampai ke rumah tuan guru mengaji.



KENANGAN MENGAJI SEWAKTU KECIL


Tempat yang ina mengaji itu,ialah pasangan suami isteri yang mengajar.Alhamdulillah,sampai sekarang..ina akan ingat jasa mereka.Walaupun tok guru perempuan (dikenali sebagai Mok Teh) mengaji seorang yang garang.Tetapi sangat berkesan dalam penyampaian ilmu nya.Selagi anak murid tak dapat menyebut bacaan dengan betul beserta tajwid.Selagi itu lah kena marah..siap rotan lagi lantai.Haaa! Piappp.. Errrk..Hehehehe. Al-fatihah buat beliau..semoga berada di kalangan orang beriman.. (pernah mimpikan arwah..,ina pergi mengaji di rumahnya.Sedihhh)

Suami arwah  dikenali sebagai Pok Teh,turut sama mengajar mengaji.Alhamdulillah..kadang-kadang.Ramai yang pergi beratur..sanggup tunggu giliran untuk mengaji dengan Pok Teh.Hehehehe.. Ina lah salah seorangnya. Mesti panjang beratur ..huhuhu. 


KESIBUKAN MENGEJAR DUNIAWI


Akibat kesibukan mengejar duniawi,pernah ina tak mengaji langsung.Errrkkk..bukanlah nak mengaibkan diri sendiri,tetapi untuk kesedaran bersama.Ina bukanlah bekerja makan gaji.Tetapi akibat kerja 12 jam.. dari 10 pagi sehingga 10 malam baru lah balik ke rumah.Langsung tiada masa untuk akhirat.Iya,betapa hinanya ina di mata allah waktu itU.


MAKANAN 


Allahuakbar! masa ini. Terasa seolah ya allah,apa jadi pada aku ni.Ina nak sebut nama ALLAH.. lidah keras.Iya.. biasa kalau kita sering membaca al-quran.Elok kan kita menyebut kalimah ALLAH. Ini tidak bagi diri ina. Bergulung lidah ina. Masa ini kan..Ina menangis.Apa salah aku sebenarnya?? keluh ina di dalam hati.

Apabila,ina kaji semula dari pemakanan.Baru lah ina tau..(kes makan **s*i.Yes...ini semua dari pemakanan kita semua.Kat luar apa yang kita makan.Sumber makanan tu,halal ke tidak.Walau pun ada logo halal.Tetapi,kena pastikan betul-betul.Jika rasa ragu atau perasaan was-was.Terus tinggalkan.. 


MIMPI SATU PETANDA


Pada satu malam,ina bermimpi.Ya Allah..ina dipaksa oleh seseorang.Orang nya yang tegas.Agak tua.Dia paksa Ina baca Surah IQRA.

Suasanan dalam mimpi itu..,bagaikan disoal siasat.

Orang Tua : bacakan Surah IQRA.. ( Surah al-alaq)

Ina            : Ina jawab dengan sambil lewa aja.Katanya,TAK TAHU..

Orang Tua : Memaksa ina..dengan nada marah.Tetap memaksa dengan suara yang sangat tegas.

Ina             : Menangis-nangis.Meraung..tersedu-sedu ina di buatnya.

( bangun pagi..sambil teresak esak dan terus solat subuh ).


Selesai solat Subuh..baru ina buka Al-quran,cari surah Iqra.. Alhamdulillah,masa ini.Tulisan jawi ina masih mampu baca lagi.Dapatlah cari surah IQRA..


SURAH AL-ALAQ

Itulah maksud tersirat mimpi tersebut.Mungkin allah hantar dalam mimpi ina.Supaya ina terus berubah.Syukur..

AMALAN HARIAN


Dan sekarang,mengaji al-quran telah menjadi rutin harian ina selepas solat.Ina cuba rajinkan diri.Mulanya macam agak berat lah.. mungkin syaitan yang berbisik kata jangan baca.Tetapi ina tetap paksa diri sendiri untuk membaca sekurangnya 1 muka surat sahaja.Ini kan,smartphone boleh pegang 24jam,takkan al-quran tak boleh kan? Tak kan nak kena tunggu,bulan ramadhan datang lagi..,baru nak membaca al-quran.Time itu,tak pasti lah kita ni masih hidup atau pun tidak.Alhamdulillah,, berkat dari menjaga pemakanan lidah okay.Tak macam dahulu lagi.. 


Pesan ina cuba lah korang,paksa diri.Kalau tak boleh baca selepas solat pun.Cukuplah di bacakan al-quran sekali sehari pun memadai.Takkan nak tunggu jumaat baru nak baca yassin? Jika tak sempat jumaat macam mana? Selagi pintu taubat masih dibuka.. bertaubatlah.Diharap dengan setiap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada korang semua yang membaca.Jika sudi,panjangkan artikel ini dengan klik 'SHARE'. 

No comments:

Post a Comment