Tuesday, March 6, 2018

Segmen #Kbba9 :10 Tempat menarik di Kuala Lumpur sesuai untuk berkeluarga

  Kuala Lumpur adalah salah satu tempat tumpuan pelancong di mata dunia.Samada pelancong dari luar mahupun dalam negera.Ikuti 10 tempat menarik di Kuala Lumpur sesuai untuk mereka yang berkeluarga.



1. JALAN TUN ABDUL RAZAK (Jalan TAR)



Jalan Tun Abdul Razak (TAR)


Buat kaki shopping.Ini lah syurga buat korang yang sukakan membeli belah.Ia terletak di Jalan Tun Abdul Razak atau lebih di kenalai sebagai jalan TAR.Terdapat banyak pilihan tudung,baju,kain pasang dan juga karpet.Di Jalan TAR ini,korang boleh membuat pilihan samada ingin membeli secara pukal mahupun membeli bagi kegunaan sendiri.Boleh jadi gila sekejap bila datang ke sini.Ina?? Siap beli tudung lagi.. berkodi kodi pula tu.Plan nak jual sebenarnya.Tetapi disebabkan kesemuanya cantik-cantik, ina pakai semua..hahaha


2. MUZIUM NEGARA



MUZIUM NEGARA


Muzium Negara, sebuah bangunan indah bercirikan senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagai gedung khazanah sejarah negara. Kini Muzium Negara yang baru selesai dinaiktaraf pada tahun 2008, tampil lebih menarik dan interaktif dalam membawa pengunjung menerokai sejarah Malaysia bermula dari era prasejarah hingga ke Malaysia kini.

Muzium Negara diketuai seorang Pengarah dan diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia.

Jika datang kesini jangan risau pasal parking kereta,kerana pihak muzium telah menyediakan tempat yang selasa dan selamat.Kadar bayaran sebanyak RM3.00 untuk kereta dan RM 1.00 untuk motosikal.


3. Kuala Lumpur BIRD PARK




gambar: jelajahmaya

Bagi korang yang cintakan haiwan,boleh lah berkunjung ke taman burung.Ia terletak di tengah bandaraya Kula Lumpur.Lebih kurang 2000 burung dan 200 jenis spesis yang ada di taman burung ini.Yang paling best,burung-burung disini ..korang boleh berikan makanan dan juga berinteraksi.Syok kan? Dapat melihat dan sentuh burung tersebut..tanpa adanya sangkar dan jaring-jaring.

Taman burung ini di buka pada setiap hari iaitu dari Jam 9 pagi hingga 6 petang dan turut di buka pada cuti umum dan cuti persekolahan.

4. PETROSAINS



PETROSAINS

gambar kredit: visitkl

Kawasan pamerannya lebih daripada 70,000 kaki persegi.

Jadi Petrosains ini bukan saja muzium interaktif untuk kanak-kanak paling canggih, tapi juga paling besar dan paling hebat di negara ini.

Bezanya di muzium ini, anda boleh pegang, sentuh dan main kebanyakan bahan pameran. Dari tempat kendalian pelantar minyak, simulator helikopter hinggalah duduk di dalam kokpit kereta perlumbaan Formula 1. Semunya anda boleh buat di bawah satu bumbung.


5. AQUARIA KLCC


Aquaria KLCC



Jika korang mempunyai bajet lebih.Boleh datang ke Aquaria KLCC. Dekati hidupan laut..Korang boleh sentuh dan juga beri makan kepada ikan di dalam akuarium dan berscuba.Tetapi,pastikan korang ada lesen scuba ya.




Antara aktiviti yang korang boleh lakukan :


Dive With The Shark (Menyelam dengan Jerung) 

Pakej ini hanya terbuka untuk penyelam terlatih yang berumur 14 ke atas.


Cage Rage (Selaman Dalam Sangkar) 
Mereka yang bukan penyelam terlatih atau berumur 14 tahun ke bawah juga boleh menyelam, tetapi dalam sangkar besi. Sila buat tempahan terlebih dahulu. Hubungi marketing@aquawalk.com atau telefon 03-23331976/1977/1971

Sleep With the Sharks (Tidur Bersama Jerung)
Kanak-kanak berusia 6 hingga 13 tahun boleh menyertai program Tidur bersama Jerung pada musim cuti sekolah. Disebabkan program ini sangat popular, tempahan awal adalah disyorkan. Sila hubungi nombor atau email di atas.



6. SKYBRIDGE,KLCC







Bagi korang yang ingin menikmati Pemandangan Kuala Lumpur pada paras ketinggian 88 tingkat.Inilah dia.Bangunan berkembar Petronas atau lebih dikenali Petronas Twin Tower yang siap dibin apada tahun 1998. 


Ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).[3] Menara berkembar ini merupakan mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur, bersama-sama Menara Kuala Lumpur yang terletak berdekatan.


TIKET TERHAD: 



Hanya 1,200 tiket dikeluarkan setiap hari. Anda perlu berbaris/menempah untuk mendapatkan tiket sebelum 8:30 pagi kerana tiket selalunya habis sebelum pukul 11 pagi. 

Tempat mendapatkan tiket ? 
Beli secara terus di Concourse Level, Aras Bawah Tanah Menara Berkembar KLCC. 



7. RUMAH TERBALIK (KUALA LUMPUR UPSIDEDOWN HOUSE)






Jom ke Rumah Terbalik Kuala Lumpur !!!


Rumah Terbalik "TERTINGGI di MALAYSIA - 2 TINGKAT" 
Rumah Terbalik "PERTAMA di KUALA LUMPUR 
Rekabentuk Rumah "TERBALIK YANG SEBENAR"
Lokasi : Menara Kuala Lumpur ( KL TOWER)

Harga Tiket :

Dewasa: RM19.00 
Kanak-kanak: RM14.00

Dibuka dari seawal 9 pagi sehingga 10 malam


8. HUTAN SIMPAN BUKIT NANAS 





gambar :  timothytye.com




Hutan Lipur Bukit Nanas merupakan satu-satunya kawasan hutan asli jenis Dipterokarp Pamah yang masih wujud ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan lipur ini dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan merupakan Hutan Simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia. Keunikan hutan lipur ini ialah kedudukannya yang strategik ditengah-tengah Kuala Lumpur dan dikelilingi oleh Hutan Batu (bangunan) yang menjadikannya penting dalam memainkan peranan sebagai ‘GREEN LUNG’ di Kuala Lumpur, Taman Hutan dan Hutan Pendidikan dan Penyelidikan. 


Info Pelawat :


Aktiviti

Pengunjung-pegunjung juga berpeluang melihat pelbagai jenis flora yang tumbuh dengan semulajadi dan melihat fauna seperti burung-burung yang terdapat di kawasan ini sambil bersiar-siar. Terdapat 3 denai interpretasi (Denai Arboretum, Denai Penarahan dan Denai Merbau-Jelutong). Selain daripada itu terdapat beberapa kemudahan seperti padang permainan, pondok dan bangku rehat, kawasan perkhemahan serta berjogging. Satu Pusat Maklumat yang lengkap dengan bahan pameran dan infokiosk mengenai perhutanan disediakan. 


Waktu Lawatan

Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti am.

Bayaran Masuk
Percuma


9. TAMAN SURIA KLCC





Taman ini direka oleh Roberto Burle Marx, dikatakan sebagai usaha terakhir yang dilakukan oleh jurubina berbangsa Brazil itu.[1]. Adalah dikatakan ketika mereka taman ini, beliau cuma ada satu hajat iaitu "meninggalkan dunia yang lebih peka sedikit dan lebih terdidik sedikit mengenai kepentingan alam semula jadi".[2]

Taman ini direka untuk memperagakan warisan kehijauan tropika dengan menyepadukan ciptaan manusia dengan alam. Taman ini sendirinya menyediakan persekitaran tenang yang berbeza sekali dengan kesibukan sebuah bandaraya utama. Taman ini bercirikan gabungan rekaan buatan manusia seperti simen, perairan dan sifat semula jadi seperti pokok hijau, batu-batan dan kayu-kayan. Unsur-unsur bentuk dan topografi direka untuk menimbulkan ilusi ruang legar. Gabungan pokok, pokok renek dan arca disusun untuk menyerlahkan warna dan bentuk dalam taman.[1]

Pemuliharaan dan biodiversiti diberi pertimbangan dalam pembentukan taman ini. 23 spesimen tumbuhan matang yang jarang ditemui diselamatkan Kelab Lumba Kuda Selangor lalu ditanam di kawasan taman. 1900 pokok tempatan termasuk 66 spesies pokok palma ditanam di taman untuk memupuk biodiversiti. Pokok-pokok tersebut dipilih secara teliti untuk menarik burung-burung tempatan mahupun penghijrah.[1]

Sebuah tasik buatan manusia dibentuk di tengah taman, di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC dan Menara Berkembar. Sebatang jambatan 43 meter yang melintasi tasik memudahkan pelawat menikmati pemandangan taman dan menara yang baik.


10.  TAMAN TASIK TITIWANGSA



gambar : mynewshub

Taman Tasik Titiwangsa yang terletak di Jalan Kuantan merupakan sebuah kawasan riadah yang terletak di timur laut Kuala LumpurMalaysia. Ia mempunyai sebauh taman di tepi tasik dan mempunyai kemudahan sampan kayuh, kayak, taman permainan kanak-kanak, padang permainan lalu lintas, menunggang kuda dan pancutan air berirama. Terdapat juga gelanggang tenis, kompleks sukan, dewan skuasy dan lain-lain kemudahan sukan.


Korang lepas ni..,boleh jelajah sekitar Kuala Lumpur dah.Semuanya hanya di tengah bandaraya Kuala Lumpur sahaja.Apa tunggu lagi.. jom.Cuti hujung minggu pun boleh datang.Bagi korang yang tidak biasa dengan Kuala Lumpur boleh ikuti saranan diatas.

2 comments:

  1. banyak tempat menarik kat KL ni, dah banyak dtg Kl tapi masih belum habis teroka tempat menarik bersama anak-anak

    ReplyDelete