Wednesday, March 14, 2018

Soffea semakin cerdik, tidak mahu gunakan lagi pampers

Nur Wardina Soffea 



Harini hari ke 3 Nur Wardina Soffea dah tak menggunakan lagi pampers.Tetapi pada waktu siang sahaja.Alhamdulillah..anak ke 2 ina ni.Dia cepat sikit berbanding kakaknya sara dahulu.Sara masa umur 5 tahun,baru boleh pisah pampers.Hihihi.. agak sukar lah sara nak pisah.Sebab sara nak ke sekolah,terus dia tak mahu lagi gunakan lagi pampers.Itu kisah kakak nya .

Berbalik kepada kisah Soffea tadi,3 hari kebelakangan ini.Dia memang sendiri pesan pada ina.Eh..,pelik kan? anak pula pesan kat mama.Kata Soffea,'Mama...,yaya nak spender'.Okay secara automatik ni,memang ina dah tau.Soffea memang sudah tak mahu lagi gunakan pampers.Yesss! Mama tak terkejut.Lagipun,pada usia soffea yang masih berumur 2 tahun 11 bulan itu.Ina rasakan dia masih baru lagi.Macam tak sesuai sangat nak tinggalkan pampers.


Hari berikutnya,Ina sekeluarga pergi menonton wayang pada sebelah petang.Apa filem yang ina tengok bersama anak-anak? Boleh baca di KL SPECIAL FORCE lakonan Fattah Amin . Ina bawa kesemua anak-anak masuk pawagam, TIPS BAWA ANAK KE PAWAGAM . Dan dalam secara tak sedar,ina lupa nak pakaikan Soffea pampers.Siap menonton wayang,baru perasan.


Kata ina..'Ya Allah,anak aku'(sambil berkata didalam hati) .. Berapa jam kat dalam pawagam,nasiblah Soffea tak kencing berak.Lagipun semasa dalam wayang tersebut,Soffea memang banyak minum air dan makan popcorn.Soffea ni jenis dia macam ni..,jika perut kekenyangan.Kejap lagi,mesti memproses.hahahaha.. tapi hari tu,pandai pula dia.Mungkin taknak susahkan mama. 

Ina selalu pesan kepada Soffea.Jika nak berak atau rasa nak terkencing.Cepat-cepat ya bagitahu mama.Sebelum ini,Soffea pernah mencuba seawal umur 2 tahun.Dia sendiri yang minta mahu tinggalkan pampers.Konon nak ikut jejak kakak dia tu,tetapi.. tak berjaya.Terkencing di atas kerusi dan pernah sekali terberak di dalam seluar.Ermmm,Soffea ni jenis yang senyap.Tetapi sejak dia hampir memasuki ke usia 3 tahun.Dah cerdik sikit.. Cuma waktu malam sahaja, masa Soffea tidur.Ina cepat-cepat pakaikan dia pampers.Jika Soffea tersedar,dia akan menangis.Geli katanya guna pampers.

2 comments:

  1. Bagus yaya siap request kt mama nak pakai spender! Clevernya cpt belajar. Abg qi dlu 3 tahun lebih baru fully xmau pampers sbb nak masuk tadika awal.

    Good job yaya!

    ReplyDelete