Friday, March 23, 2018

Soffea sakit perut,mama pula demam


Semalam mama kepenatan.Tidak pernah penat sebegini.Ini adalah  kerana Soffea mengalami sakit perut.Bukan sakit perut seperti cirit birit itu.Tetapi ini jenis sakit perut lain,guna petua minum air teh pahit pun,tidak berjalan..tak bertindak balas.24 jam Ina di tandas meneman Soffea..sehinggakan,mama pula yang demam ni.Kemungkinan malam sebelumnya,dia meminum air gas sprite.Sebelum ini,memang Ina melarang keras anak-anak dari meminum air bergas.Tetapi semalam entah macam mana boleh terlepas minum,gara-gara menonton wayang.






Akibat dari masalah sakit perut yang dialami oleh Soffea.Ina terpaksa pakaikan Soffea pampers,walaupun dia baru sahaja belajar untuk tidak memakai pampers. Selang beberapa minit di ajak pergi ke tandas,penat tau.Mama jadi tak boleh nak memasak tengahari semalam.Tengahari itu juga,Furqan pula menangis ingin menyusu badan.

Lastnya,mama tertidur kepenatan sebelum memasak makan tengahari semalam.Dengan mama pula yang tidak sihat,pening kepala dan selesema.Lebih kurang jam 2 petang,selesai solat zohor.Terus bingkas mama ke dapur bagi memasak makan tengahari anak-anak.

Jam 6 petang,baru lah abah dia bawa  ke klinik.Tetapi,ubat kan.Bukan lah,boleh segera sembuh.Sehingga pagi ini,Soffea masih sakit lagi perut.Nasib baik semalam,Soffea tiada mengadu sakit perut.Pampers pun Ina tak pakaikan kepada dia sewaktu tidur.Alhamdulillah.. Soffea sudah pandai bezakan.Memang dia tidak berak atau kencing malam.

Tengah malam tadi pula,mama rasa lenguh-lenguh kaki.Seolah macam hendak demam urat.Sakit... serta di tambah pula dengan hidung yang tersumbat akibat selsema.Ohhh..


Beginilah ragam kehidupan seorang suri rumah tangga sepenuh masa.Ada masa gembira teramat.Kadang kala terasa seolah macam stress jer,silap-silap boleh mendatangkan migrain.Siap boleh demam lagi melayan karenah anak-anak yang ingin membesar ini.Ini baru 3 orang tau,anak-anak ina.Hihihihi..

1 comment: