Friday, March 2, 2018

Soffea tersenarai dalam pemilihan sesi Shooting

Alhamdulillah..dapat percuma 1 kotak susu rumusan dari pihak Home Tester Club malaysia,ini pun dah bersyukur sangat tau.




Dalam kotak besar ini mempunyai kandungan 3 pek susu Rumusan S-26 dari Wyelth Nutrition.Alhamdulillah.. gembira sangat anak-anak,bila dapat surprise macam ni.Biasa mama yang dapat barangan review.Tetapi kali ini anak-anak pula.Ini adalah kali pertama menerima susu rumusan.Sebelum ini,anak-anak ina dapat carrier junior dan produk detergent dari CHOMEL. 


Ina antara yang terpilih bagi produk kaji selidik di Home Tester Club Malaysia.Ruapnya ramai yang memohon.Tetapi disebabkan rezeki menyebelahi anak-anak kali ini.Berjaya menerima juga produk percuma ini.Bukan macam biasa tu tau yang sample.Ini ada 3 packaging susu yang mana tiap satu packaging dengan berat 650gm tiap satu.Soffea memang tiada minum mana-mana susu rumusan selama ini.Semenjak dia bercerai susu semasa berumur 1 tahun.. ini adalah susu rumusan pertama yang Soffea minum dan kini menjadi kesukaan dia.



TERSENARAI DALAM SESI PEMILIHAN SHOOTING VIDEO





Alhamdulillah.. dapat emel ini pun.Mama sudah gembira.Untuk anak-anak mama.Shooting video bagi produk susu rumusan S-26 wyelth Nutritrion.Task mencabar setakat ini..apabila  mama kena lakukan video berdurasi selama 3 minit.Featuring Soffea.. ehehehe. Biasa mama sorang sorang jer lakukan task sebegini bagi review produk.Tetapi mama akan mencuba sebaik mungkin.Insyallah.. Moga rezeki Soffea ada dalam ini.




minum susu rumusan

Gambar di atas itu. Soffea sedang minum susu rumusan S-26.Sejak berumur 9bulan lagi,ina sudah ajar dia menggunakan gelas.Lagipun memang soffea dari baby tak minum susu botol.Dia menolak apabila susu rumusan di berikan semasa berusia bawah 12 bulan.Sejak dia berumur 2 tahun ini,baru lah dia teringin nak minum susu rumusan.Dan ini antara susu yang di gemari.Susu rumusan S-26 progress yang mana ia penuh dengan vitaman bagi tumbesaran kanak-kanak yang berusia 1-3 tahun.

3 comments:

  1. wahh tahniah !! Rezeki Sofea tu. Anak buah ciktie langsung tak mahu minum susu! yang perisa coklat pun minum camtu-camtu je tapi lebih banyak tak mahu la

    ReplyDelete